• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Al-Sultan Abdullah Bimbang Keselamatan, Kesihatan Rakyat

oleh
13/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang amat prihatin dan mengikuti perkembangan terkini penularan COVID-19, menzahirkan kebimbangan terhadap keselamatan dan kesihatan rakyat berikutan peningkatan kes jangkitan virus itu di negara ini.

Sehubungan itu, Yang di-Pertuan Agong menyarankan semua masjid di negara ini mengadakan bacaan doa qunut nazilah ketika solat Subuh dan solat Jumaat bagi mendoakan kesejahteraan rakyat daripada virus berkenaan.

Baginda yang menitahkan semua masjid memendekkan khutbah Jumaat sebagai langkah mencegah jangkitan COVID-19, turut menasihatkan pengurusan masjid menyediakan alat pengimbas suhu, cecair pembasmi kuman pada tangan serta penutup mulut dan hidung.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata Seri Paduka juga menasihatkan umat Islam berwuduk di rumah sebelum ke masjid dan individu yang ada gejala COVID-19, tidak menghadiri solat Jumaat seperti saranan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

“Baginda turut meminta peserta ijtimak tabligh di Masjid Seri Petaling pada 28 Februari hingga 1 Mac lalu memberi kerjasama kepada Kementerian Kesihatan (KKM) dengan menghubungi Pejabat Kesihatan daerah bagi memastikan jangkitan COVID-19 tidak terus merebak dalam komuniti.

“Seri Paduka juga menggesa rakyat menangguhkan perhimpunan yang membabitkan orang ramai sebagaimana saranan KKM. Rakyat yang mengalami gejala COVID-19 dinasihatkan tidak menghadiri program yang membabitkan orang ramai atau tempat yang padat,” katanya.

Al-Sultan Abdullah, katanya, meminta rakyat menghubungi Khidmat Nasihat Kesihatan Dalam Talian atau Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Negara (CPRC) jika ada sebarang keraguan, pertanyaan dan untuk mengelakkan penyebaran maklumat yang boleh mencetuskan panik.

Ahmad Fadil berkata, Seri Paduka menzahirkan penghargaan dan terima kasih atas tindakan segera, rawatan serta pemantauan berterusan oleh KKM dan agensi berkaitan dalam usaha memastikan langkah pencegahan serta kawalan sewajarnya dilaksanakan secara berkesan.

Baginda turut menasihatkan rakyat supaya mematuhi panduan kebersihan dan kesihatan diri serta langkah pencegahan yang dikeluarkan KKM bagi mengelakkan penularan COVID-19. – BH Online

Tags: Al-Sultan AbdullahCovid-19Yang di-Pertuan Agong
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Hishammuddin Mahu SPRM Tapis Pegawai Di Pejabatnya

Next Post

2 Anggota Kabinet Baharu Sampaikan Khutbah Jumaat

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

Next Post

2 Anggota Kabinet Baharu Sampaikan Khutbah Jumaat

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd