• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Akta Hasutan Akan Dimansuhkan

oleh
10/05/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Akta Hasutan 1948 dijangka dimansuhkan tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong.

Beliau berkata, kerajaan telah membuat keputusan pada mesyuarat Kabinet untuk memansuhkan akta itu dan kini sedang melihat pelbagai faktor bagi melaksanakannya.

“Kami mahu memastikan bahawa tidak semestinya semua kenyataan yang dibuat boleh menghasut kerana kami ingin memastikan kenyataan tertentu mendapat beberapa bentuk kebebasan… tetapi bukan kami membenarkan semua orang untuk membuat kenyataan yang mencemarkan nama raja dan pemimpin kita khususnya,” katanya.

Bercakap kepada pemberita pada satu sidang akhbar baru-baru ini bersempena ulang tahun pertama kerajaan Pakatan Harapan di sini, Liew berkata, selepas pemansuhan akta itu, satu formula baharu akan diperkenalkan untuk menggantikannya.

“Bagaimanapun, kami dalam Pakatan Harapan sebenarnya tidak keberatan sekiranya orang mahu mengkritik kami. Kritikan membina bagus dalam kerajaan kerana dari situ kita dapat maju dan berkembang,” katanya.

Selain itu, Liew berkata, kerajaan juga sedang melihat kemungkinan memperkenalkan undang-undang menangani gejala mengintai atau menghendap kerana perbuatan itu telah menjadi trend.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata Jawatankuasa Kabinet Khas yang ditubuhkan untuk mengkaji pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) akan mengeluarkan laporan lengkap antara Jun dan Julai tahun ini.

Menyelami semangat Malaysia Baharu, kerajaan Pakatan Harapan komited mempertahankan MA63 yang mana kedudukan Sabah dan Sarawak sebagai rakan kongsi yang sama dengan Semenanjung akan dipulihkan seperti yang termaktub dalam perjanjian.

Tags: Akta HasutanLiew Vui Keong
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Setahun Pemerintahan PH, Rakyat Merasa Tertipu

Next Post

RM17.1 Bilion Bayar Balik GST, Cukai Pendapatan

Related Posts

Polis Cadangkan Hadi Dituduh Bawah Akta Hasutan

Polis Cadangkan Hadi Dituduh Bawah Akta Hasutan

04/09/2023
0

Polis akan mencadangkan Jabatan Peguam Negara (AGC) menuduh Presiden PAS Abdul Hadi Awang bawah Akta Hasutan dan Akta Komunikasi dan...

Ahli DAP Paloh Direman Tiga Hari Bawah Akta Hasutan

11/04/2022
0

Seorang ahli DAP bahagian Paloh ditahan di rumahnya lewat tengah malam tadi kerana didakwa menghasut melalui kiriman Facebook yang dibuat...

Next Post

RM17.1 Bilion Bayar Balik GST, Cukai Pendapatan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd