• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aizat Sedia Bantu Malaysia Menang Emas

oleh Cj Mnh
26/07/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGI – Biarpun pertama kali mewakili Malaysia ke Sukan Asia, Muhammad Noraizat Muhd Nordin, 19, tetap optimis mampu membantu skuad sepak takraw kebangsaan membawa pulang sekurang-kurangnya sebutir pingat emas di Jakarta, nanti.

Pemain muda berasal dari Tangkak, Johor, itu juga berasa amat bersyukur dan teruja kerana dipilih ketua jurulatih, Abdul Talib Ahmad, untuk menjadi salah seorang pemain yang bakal beraksi di Sukan Asia, bulan depan.

Berikutan itu Noraizat berharap dia akan terus diturunkan sebagai apit kanan atau ‘killer’ dalam acara regu berpasukan di Sukan Asia bersama Hairul Hazizi Haidzir (tekong) dan Aidil Aiman Azwawi (apit kiri atau pengumpan) manakala Muhammad Afifuddin Mohd Razali (simpanan).

“Saya juga berusaha meningkatkan mutu balingan dan mempertajamkan rejaman bagi memudahkan skuad kebangsaan memungut mata dalam perlawanan nanti.

“Saya juga gembira kerana Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) sanggup membelanjakan wang untuk membeli ‘baju besi’ bernilai ribuan ringgit bagi membantu kami meningkatkan prestasi terutama dari segi kekuatan kaki dan paha ketika bermain dalam aksi sebenar,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

BARISAN skuad sepak takraw kebangsaan yang akan membawa cabaran negara ke Sukan Asia 2018 Jakarta di Kompleks Sukan Geman – Malaysia Institute (GMI), Bandar Baru Bangi. – Foto Owe Ah Chun
Sebelum ini, Noraizat menceriakan peminat sepak takraw Malaysia apabila meraih gangsa dalam acara keempat Chinlone (non repetition secondary) di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) Ogos tahun lalu. – BH Online

Tags: sepaktakrawSukan Asia 2018
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Saudi Perkenal Gajet Khas Bantu Mudah Jemaah

Next Post

HFMD: Pahang Catat 155 Kes

Related Posts

Sukan Asia 2018: Malaysia Pasrah Jumpa India

28/08/2018
0

JAKARTA - Skuad hoki lelaki negara pasrah terpaksa berdepan juara bertahan, India dalam separuh akhir Sukan Asia 2018, Khamis ini selepas...

Sukan Asia 2018: Pendekar Terus Berjuang Hingga Titisan Terakhir

28/08/2018
0

JAKARTA - Berjuang hingga titisan darah terakhir. Itu keazaman pesilat negara apabila akan turun merebut emas di Padepokan Pencak Silat...

Next Post

HFMD: Pahang Catat 155 Kes

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd