• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Agong Berkenan Rasmi Floria Diraja Putrajaya 2019

oleh
30/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan merasmikan Floria Diraja Putrajaya 2019, di Taman Botani, Presint 1, Putrajaya.

Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut berangkat ke majlis itu.

Pada majlis yang sama, Seri Paduka juga berkenan merasmikan koleksi orkid hibrid baharu yang diberi nama ‘Vanda Queen Azizah Iskandar’ bersempena dengan nama Tunku Azizah.

Vanda Queen Azizah Iskandar telah didaftarkan di International Cultivar Registration Authority pada 17 Julai lepas.

Pasangan diraja itu turut meluangkan masa kira-kira sejam melawat sekitar kawasan tapak festival yang turut diiringi Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abd Samad dan Presiden Perbadanan Putrajaya, Datuk Dr. Aminuddin Hassim.

Festival kali ke-11 itu mempamerkan satu juta kuntum bunga-bungaan daripada pelbagai spektrum warna termasuk lebih 500 variasi spesies orkid, lebih 100 koleksi bonsai dan 70 pameran taman dengan pelbagai tema dan reka bentuk.

Dengan sasaran 500,000 pengunjung, Floria Diraja Putrajaya akan dibuka kepada orang awam bermula esok sehingga 8 September yang mengetengahkan orkid dan bonsai sebagai bunga tema pada festival berkenaan.

Selepas 10 tahun bertapak dan ‘berkampung’ di Anjung Floria, Presint 4, buat julung kalinya festival berkenaan menukar lokasinya ke Taman Botani, Presint 1.

Turut disediakan ialah perkhidmatan teksi air yang membolehkan pengunjung menikmati panorama Putrajaya untuk ke Taman Botani melalui jeti yang terdapat di beberapa lokasi terpilih seperti di Cruise Tasik Putrajaya dan Kelab Tasik Putrajaya.

Selain teksi air, PPj turut menyediakan kereta bugi (buggy) kepada pengunjung untuk memudahkan perjalanan mereka bersiar-siar di tapak festival.

Tags: Al-Sultan AbdullahFloria Diraja Putrajaya 2019Yang di-Pertuan Agong
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Presiden Tajikistan Ucap Tahniah Sempena Hari Kebangsaan

Next Post

Penyanyi Zyn Nakal Didenda RM2,800

Related Posts

Kesilapan Papar Gambar Jalur Gemilang Tanpa Bulan Sabit Tak Boleh Diterima – Agong

Kesilapan Papar Gambar Jalur Gemilang Tanpa Bulan Sabit Tak Boleh Diterima – Agong

16/04/2025
0

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, menegaskan kesilapan memaparkan gambar Jalur Gemilang tanpa bulan sabit yang disiarkan dalam muka...

Agong Lawat Mangsa Banjir Di Kota Tinggi

Agong Lawat Mangsa Banjir Di Kota Tinggi

13/01/2025
0

KOTA TINGGI: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini melawat mangsa banjir di daerah ini. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP….....

Next Post

Penyanyi Zyn Nakal Didenda RM2,800

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd