Agong Adakan Sesi Pra-Kabinet Melalui Sidang Video

KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong hari ini telah berkenan mengadakan sesi Pra-Kabinet bersama YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, menerusi sidang video di Istana Negara.

Sesi hari ini merupakan Mesyuarat Pra-Kabinet kali ke-2 yang telah diadakan menerusi sidang video berikutan fasa ketiga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan pandemik COVID-19.

Mesyuarat Pra-Kabinet adalah antara aktiviti mingguan atau rutin utama Seri Paduka untuk berbincang dan bertukar pendapat bersama Perdana Menteri berkenaan isu-isu semasa.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Secara lazimnya, Seri Paduka Baginda akan berangkat ke Istana Melawati di Putrajaya untuk mesyuarat Pra-Kabinet.

Yang di-Pertuan Agong telah berkenan supaya mesyuarat Pra-Kabinet diteruskan menerusi sidang video semasa PKP ini berjalan dan ini mencerminkan keprihatinan tinggi Al-Sultan Abdullah terhadap pentadbiran negara dan kesejahteraan rakyat.

Daulat Tuanku

Sumber: Instagram Istana Negara

Loading...