Afghanistan Sahkan Kematian Pertama Covid-19

KABUL – Afghanistan semalam mengesahkan kematian pertama akibat koronavirus (Covid-19) membabitkan seorang lelaki berusia 40 tahun, lapor agensi berita Anadolu.

Jurucakap Kementerian Kesihatan, Waheedullah Mayar berkata, kematian itu dilaporkan di utara wilayah Balkh.

Satu lagi kematian turut dilaporkan di barat wilayah Herat disyaki akibat Covid-19, namun keputusan hasil ujian untuk mengenal pasti punca sebenar hanya dapat diketahui hari ini, kata Mayar.

Terdahulu, pihak berkuasa kesihatan melaporkan 10 kes disahkan termasuk dua kes pertama di Kabul menjadikan jumlah keseluruhan seramai 34 orang.

Menteri Kesihatan, Ferozuddin Feroz berkata pada sidang akhbar, antara 10 kes baharu di seluruh negara, dua daripadanya terdiri diplomat asing, namun butiran lanjut tidak didedahkan.

Sementara itu, di Mozambique, kes pertama Covid-19 dilaporkan di negara ini.

Menteri Kesihatan, Armindo Tiago berkata, kes itu membabitkan seorang lelaki berusia 70 tahun, lapor agensi berita Xinhua

Loading...