• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Adab Bila Menumpang Kereta Kawan…

oleh AK-47
06/03/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JIKA sudah bekerja, anda seharusnya pandai memandu. Tak kiralah motosikal atau kereta. Bukan apa, bagi memudahkan pergerakan anda tanpa perlu bergantung kepada orang lain.

Apa yang ingin kami luahkan adalah keluhan kebanyakan golongan pemandu yang agak ‘seriau’ dengan perangai segelintir rakan yang bersikap sambil lewa sahaja ketika menumpang kenderaan. Dari menumpang untuk pergi ke pejabat, mahupun di mana-mana, kebanyakannya hanya pandai ‘tumpang’ sahaja.

Memang betul kerajaan mengalakkan kita berkongsi kenderaan dengan tujuan berjimat dan mengelakkan kesesakan lalu lintas, namun adalah lebih baik rasanya jikalau kita sama-sama turut meringankan beban si pemandu sebagai tanda terima kasih kepada mereka.

Sebagai pencerahan, seorang pengguna Facebook, Nurul Haziqah berkongsikan pendapat bernasnya berkenaan sikap seorang penumpang yang wajib diamalkan ketika menumpang rakan.  Semoga teguran yang berguna ini dapat dimanfaatkan oleh kita semua.

“Saya sering menumpang rakan dan kita harus tahu adab menumpang macam mana. Jangan la kau kutuk taste muzik dia.

“Waktu isi minyak, selain hulur duit yang ingin dikongsikan, apa salahnya sekali sekala kau yang bayarkan. Berapa sangatlah nak dibandingkan dengan penat rakan yang memandu.

“Satu lagi, jangan lah kau hentak secara kuat pintu kereta orang, saya yang penumpang pun berdesing telinga, ni kan pula tuan punya kereta. Mesti berbulu je dia tengok, lagi-lagi kereta baru. Tak pasal-pasal kau dicarut dalam hati gitu. Hahaha.

“Ini lagi satu yang paling penting, pada yang penumpang tolonglah jika mengantuk gila macam mana pun cubalah sedaya upaya untuk tidak tidur. Erti kata lainnya teman. Lagi-lagi yang duduk di depan. Ini kau pun melopong tidur, yang belakang lagi jangan cakaplah kan.

“Be considerable la, kesian kepada yang memandu. Nak-nak dalam perjalanan jarak jauh, longgar lutut weh. lagi-lagi pakai kereta manual. Tak ke biru tangan kaki 😛.

“Be reasonable and considerable. Tahu adab menumpang. Bila kita jadi pemandu pun kita akan rasa dan hendakkan perkara yang sama untuk orang lain faham.

“Yang bagi menumpang pun janganlah garang sangat. Orang tu terhempas pintu kau mengamuk macam mak lampir. Ya anda marah namun nasihat saja sudah, tak payah mengamuk. Hahahaha😂

“By the way yang menumpang, pastikan anda cermat. Tutup pintu elok-elok. Jangan kotorkan kereta kawan itu. Minyak tuang-tuang la sekali, tolong bayarkan di kaunter ke. Sama-sama consider lah.

Mungkin bagi sesetengah orang, menumpang dan ditumpang orang itu perkara remeh namun ingatlah rakan anda (tuan punya kereta) bukanlah pemandu peribadi anda. Walaupun dia mungkin tidak mengharapkan anda bayar ketika menumpang tapi kita seharusnya menghargai pertolongan rakan kita. – MYNEWSHUB.CC

Tags: penumpangsikap
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

2 Individu Diminta Saksi Di Mahkamah Tinggi Melaka

Next Post

Pengarah Syarikat Bebas Tuduhan Pecah Amanah

Related Posts

Imigresen Serbu Kuarters Pekerja Warga Asing Awal Pagi

Penumpang Lahirkan Bayi Di Balai Menunggu KLIA

01/01/2024
0

SHAH ALAM - Kakitangan dan orang ramai di Terminal Satu Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berhadapan situasi luar biasa...

Pemandu Bas Bahayakan Penumpang Tidak Lagi Dibenar Memandu

Pemandu Bas Bahayakan Penumpang Tidak Lagi Dibenar Memandu

20/04/2023
0

KUALA LUMPUR - Pemandu bas yang ingkar peraturan jalan raya sehingga membahayakan keselamatan penumpang akan diambil tindakan tegas termasuk tidak...

Next Post

Pengarah Syarikat Bebas Tuduhan Pecah Amanah

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd