Monday, October 7, 2024

Creating liberating content

KPDNKK Rampas Jersi Tiruan...

ALOR SETAR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kedah merampas...

Jepun Dilanda Gelombang Haba

TOKYO – Gelombang haba di Jepun mengakibatkan sekurang-kurangnya 15 orang maut dan lebih...

Akta Kawalan Harga &...

KOTA BAHARU - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dalam proses...

PRN Sabah Medan Uji...

KUALA LUMPUR - Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada 26 September ini dijangka...

Adab Bila Menumpang Kereta Kawan…

JIKA sudah bekerja, anda seharusnya pandai memandu. Tak kiralah motosikal atau kereta. Bukan apa, bagi memudahkan pergerakan anda tanpa perlu bergantung kepada orang lain.

Apa yang ingin kami luahkan adalah keluhan kebanyakan golongan pemandu yang agak ‘seriau’ dengan perangai segelintir rakan yang bersikap sambil lewa sahaja ketika menumpang kenderaan. Dari menumpang untuk pergi ke pejabat, mahupun di mana-mana, kebanyakannya hanya pandai ‘tumpang’ sahaja.

Memang betul kerajaan mengalakkan kita berkongsi kenderaan dengan tujuan berjimat dan mengelakkan kesesakan lalu lintas, namun adalah lebih baik rasanya jikalau kita sama-sama turut meringankan beban si pemandu sebagai tanda terima kasih kepada mereka.

Sebagai pencerahan, seorang pengguna Facebook, Nurul Haziqah berkongsikan pendapat bernasnya berkenaan sikap seorang penumpang yang wajib diamalkan ketika menumpang rakan.  Semoga teguran yang berguna ini dapat dimanfaatkan oleh kita semua.

Saya sering menumpang rakan dan kita harus tahu adab menumpang macam mana. Jangan la kau kutuk taste muzik dia.

Waktu isi minyak, selain hulur duit yang ingin dikongsikan, apa salahnya sekali sekala kau yang bayarkan. Berapa sangatlah nak dibandingkan dengan penat rakan yang memandu.

Satu lagi, jangan lah kau hentak secara kuat pintu kereta orang, saya yang penumpang pun berdesing telinga, ni kan pula tuan punya kereta. Mesti berbulu je dia tengok, lagi-lagi kereta baru. Tak pasal-pasal kau dicarut dalam hati gitu. Hahaha.

Ini lagi satu yang paling penting, pada yang penumpang tolonglah jika mengantuk gila macam mana pun cubalah sedaya upaya untuk tidak tidur. Erti kata lainnya teman. Lagi-lagi yang duduk di depan. Ini kau pun melopong tidur, yang belakang lagi jangan cakaplah kan.


Be considerable la, kesian kepada yang memandu. Nak-nak dalam perjalanan jarak jauh, longgar lutut weh. lagi-lagi pakai kereta manual. Tak ke biru tangan kaki 😛.

Be reasonable and considerable. Tahu adab menumpang. Bila kita jadi pemandu pun kita akan rasa dan hendakkan perkara yang sama untuk orang lain faham.

Yang bagi menumpang pun janganlah garang sangat. Orang tu terhempas pintu kau mengamuk macam mak lampir. Ya anda marah namun nasihat saja sudah, tak payah mengamuk. Hahahaha😂

By the way yang menumpang, pastikan anda cermat. Tutup pintu elok-elok. Jangan kotorkan kereta kawan itu. Minyak tuang-tuang la sekali, tolong bayarkan di kaunter ke. Sama-sama consider lah.

Mungkin bagi sesetengah orang, menumpang dan ditumpang orang itu perkara remeh namun ingatlah rakan anda (tuan punya kereta) bukanlah pemandu peribadi anda. Walaupun dia mungkin tidak mengharapkan anda bayar ketika menumpang tapi kita seharusnya menghargai pertolongan rakan kita. – MYNEWSHUB.CC

Kategori