• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

82 Kes Baharu Covid-19, Sabah Catat 60 Kes

oleh
22/09/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jangkitan baharu Covid-19 dalam negara naik 82 kes hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes keseluruhan penularan wabak itu sebanyak 10,358 kes setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 82 kes baharu yang dilaporkan itu, 10 kes import yang mendapat jangkitan di luar negara dan selebihnya kes penularan tempatan.

Menurutnya, kes import itu membabitkan sembilan warganegara dan seorang bukan warganegara dari India dan Indonesia.

Bagi 72 kes penularan tempatan, katanya, sebanyak 60 kes membabitkan warganegara manakala 12 bukan warganegara.

“Di Sabah merekodkan 60 kes iaitu daripada Kluster Benteng LD (41), Kluster Pulau (6), Kluster Selamat (6), Kluster Bangau (5) dan kes saringan komuniti serta saringan rujukan ke Hospital Queen Elizabeth (2). 

“Di Kedah ada 10 kes dilaporkan hari ini daripada Kluster Sungai (9) dan saringan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran di Kota Setar (1).

“Di Selangor satu kes saringan sebelum pembedahan di sebuah pusat perubatan dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh serta di Sarawak satu kes saringan bergejala di Hospital Umum Sarawak,” katanya ketika sidang media Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, ada 168 kes yang pulih hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 9,563 kes iaitu 92.3 peratus.

Katanya, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 665 kes dan mereka sudah diasingkan serta diberi rawatan.

“Sehingga kini, sembilan pesakit positif Covid-19 dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan dua daripadanya memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, tiada kematian berkaitan jangkitan Covid-19 dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) setakat 12 tengah hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian kekal 130 kes. – myMetro Online

Tags: Covid-19KKMSabah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Hamzah Dakwa Ada Cubaan Sogok Polis Tutup Isu Tanduo

Next Post

Covid-19: Kluster Bangau Pula Dikesan Di Semporna

Related Posts

82,637 Petugas Kesihatan KKM Dikecualikan Waktu Bekerja Syif

82,637 Petugas Kesihatan KKM Dikecualikan Waktu Bekerja Syif

11/07/2025
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju untuk memberi pengecualian kepada waktu bekerja syif bagi petugas kesihatan membabitkan lima skim perkhidmatan kritikal di...

Tunku Mahkota Ismail Gesa KKM Tempatkan Segera Petugas Kesihatan Di Hospital Pasir Gudang

Tunku Mahkota Ismail Gesa KKM Tempatkan Segera Petugas Kesihatan Di Hospital Pasir Gudang

08/07/2025
0

KUALA LUMPUR: Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menitahkan Kementerian Kesihatan (KKM) supaya tindakan segera dapat diambil untuk menempatkan petugas...

Next Post

Covid-19: Kluster Bangau Pula Dikesan Di Semporna

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd