• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 15, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

809 Sekolah Di Sarawak Ditutup Akibat Jerebu

oleh
19/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Sebanyak 809 sekolah di 17 daerah di Sarawak di tutup hari ini akibat jerebu, tambahan sebanyak lapan lagi daerah berbanding semalam.

Jabatan Pendidikan Negeri dalam kenyataan berkata ia melibatkan 104 sekolah menengah dan 705 sekolah rendah dengan seramai 252,237 pelajar terlibat.

Selain Betong, Bau, Kuching, Lubok Antu, Padawan, Samarahan, Sri Aman, Lundu, dan Kanowit semalam, daerah baharu yang mana sekolah ditutup hari ini ialah Saratok, Simunjan, Kanowit, Maradong, Sibu, Sarikei, Julau, dan Daro.

Setakat pukul 6 pagi tadi, lima daerah di sini mencatatkan kualiti udara semakin teruk dengan masing-masing berada pada tahap bacaan IPU sangat tidak sihat.

Ini termasuk Kuching dengan bacaan IPU 269, Samarahan (229), Sibu (231), Sarikei (221) dan Sri Aman (207).

Lima lagi daerah merekodkan bacaan IPU tidak sihat iaitu Bintulu (145), Mukah (190), Miri (114), ILP Miri (106) dan Samalaju (127).

Menurut Ketua Sekretariat JPBN, Mejar Ismail Mahedin sebanyak 17 titik panas dikesan di negeri ini iaitu dua di Betong, Sri Aman (2), Belaga (1), Julau (1), Marudi (5), Pakan (1), Song (2) dan Tatau (3).

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya.

Tags: JerebusarawakSekolah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Jerebu: IPU Johan Setia Turun, Kuching, Samarahan Kekal

Next Post

27 Kanak-Kanak Sedang Belajar Al-Quran Maut Kebakaran

Related Posts

‘Kes HIV Penuntut Universiti, Sekolah Makin Tinggi Angkara Aktiviti Seksual’ – Dr Zaiton

‘Kes HIV Penuntut Universiti, Sekolah Makin Tinggi Angkara Aktiviti Seksual’ – Dr Zaiton

26/04/2025
1

KUALA LUMPUR: Kes jangkitan HIV dalam kalangan penuntut universiti dan sekolah menunjukkan peningkatan dengan kebanyakan mereka menerima jangkitan akibat aktiviti...

Dua Beradik Maut Dalam Perjalanan Ke Sekolah

Dua Beradik Maut Dalam Perjalanan Ke Sekolah

21/03/2025
1

KLUANG: Dua beradik maut selepas motosikal ditunggang terlanggar lubang di Jalan Sengkang-Felda Inas-Bandar Tenggara dalam perjalanan ke sekolah, pagi tadi....

Next Post

27 Kanak-Kanak Sedang Belajar Al-Quran Maut Kebakaran

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd