• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

8 Petua Elak Rendang Cepat Basi Pada Hari Raya

oleh
15/06/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RENDANG adalah makanan sinonim orang Melayu yang pada kebiasaannya dimakan bersama-sama ketupat ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Pasti seronok kalau dapat menyediakan rendang yang sedap dan dapat tahan lama. Tapi, rendang yang dimasak cepat basi walaupun sudah berulang kali dipanaskan.

Semestinya anda mahu rendang yang dimasak dapat tahan lama supaya dapat dihidangkan beberapa kali untuk menjamu selera.

Terdapat petua yang dapat dikongsikan untuk menjadikan rendang anda tahan lama dan tidak cepat basi menurut portal Sirap Limau.

1. Penggunaan Santan

Jika anda tahu, tidak semua resepi rendang menggunakan santan kerana penggunaan kerisik yang menggantikan santan mengandungi lemak yang tersendiri.

Sebaiknya kalau anda mahu menggunakan santan, seeloknya mengurangkan kuantiti yang biasa digunakan supaya rendang tahan lebih lama.

Anda dinasihatkan untuk menggunakan santan yang segar dan berkualiti untuk menikmati rendang yang lazat dan tidak cepat basi.

2. Alat Perkakas Kering

Penggunaan alat perkakas untuk memasak rendang juga dianggap penting kerana boleh memberi kesan terhadap masakan anda.

Alat perkakas seperti senduk, periuk, kuali dan lain-lain perlu dikeringkan dahulu agar rendang yang dimasak tidak terjejas dan tahan lebih lama.

3. Goreng Separuh Masak

Anda disyorkan menggoreng ayam atau daging hingga separuh masak sebelum memasak rendang. Boleh juga jika dimasak tanpa air atau minyak dengan membakar makanan tersebut ataupun digaulkan dengan rempah.

Cara ini dilaksanakan untuk mengeringkan makanan tersebut supaya rendang yang dimasak nanti lambat basi.

4. Pecah Minyak

Pecah minyak ni tandanya warna tumisan menjadi sedikit gelap atau minyak tumisan akan terpercik sedikit daripada kuali.

Jadi, semasa anda menumis, perlu pastikan bahan-bahan betul-betul sudah garing dan pecah minyak.

Kemudian, barulah masukkan daging atau ayam yang hendak dimasak.

5. Rendang Kering

Cara terbaik memasak rendang adalah memasaknya sehingga kering dan tidak berkuah.

Selain rendang dapat tahan lebih lama, daging yang dimasak akan rasa lebih lembut dan sedap.

6. Periuk Tidak Tutup Rapat

Selepas selesai memasak rendang, wap air akan terkumpul dan akan jatuh semula ke dalam rendang. Ini boleh menyebabkan rendang cepat basi. Sama juga dengan lauk dan makanan lain.

Cara yang terbaik adalah membuka sedikit penutup agar terdapat ruang untuk wap tersebut keluar dari periuk.

Jika rendang sudah sejuk, anda boleh menutup rapat periuk tersebut.

7. Menyejukkan Rendang

Rendang sudah siap dimasak yang ingin disimpan hendaklah diletakkan dalam peti sejuk untuk bertahan lebih lama.

Digalakkan untuk disimpan dalam bekas-bekas kecil mengikut kadar penggunaan hidangan. Cara ini disyorkan supaya tidak menyimpan dalam bekas yang besar bagi mengelakkan rendang tersebut keluar masuk peti sejuk beberapa kali untuk dipanaskan.

Jadi, anda hanya perlu mengambil satu bekas kecil sahaja keluarkan dari peti sejuk untuk dipanaskan dan yang lain tidak akan bersentuh.

Semoga petua yang dikogsikan ini membantu anda menghasilkan rendang yang tahan lebih lama dan tidak mudah basi.

Jangan hidangkan rendang yang basi pula pada tetamu, nanti diri anda yang malu. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Tags: PetuarendangTahan lama
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

6 Amalan Sunat Bulan Syawal Mudah Anda Lakukan

Next Post

Alas Periuk Daripada Lidi Sawit Laris Di Utara

Related Posts

Petua Halau Lalat Guna Air, Beg Plastik, Duit Syiling

19/02/2019
0

PERTH - Seorang wanita telah berkongsi rahsia untuk menghalau lalat dengan hanya menggunakan air, plastik kedap udara dan beberapa keping...

4 Petua Poligami Zul Wisma

30/10/2018
0

KOTA BHARU - Setiap pasangan yang berumah tangga sudah semestinya mengimpikan kebahagiaan dan kedamaian berputik dalam mahligai cinta yang dibina....

Next Post

Alas Periuk Daripada Lidi Sawit Laris Di Utara

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd