• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

5 Strategi Putuskan Rantaian Jangkitan COVID-19

oleh
22/03/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Pelaksanaan lima strategi utama dalam Pelan Strategik Kementerian Kesihatan (KKM) Menangani Pandemik COVID-19 Semasa Tempoh Darurat bakal meningkatkan tindakan pencegahan dan kawalan jangkitan wabak itu di negara ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata langkah pencegahan dan kawalan kesihatan awam perlu terus dipertingkatkan dan dilaksanakan walaupun Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan sudah dimulakan.

Beliau berkata, lima strategi utama itu adalah untuk memutuskan rantaian transmisi dengan menurunkan kes harian kepada kurang daripada 500 kes sehari dan mengurangkan kes sporadik; mengurangkan morbiditi dan mortaliti dengan mengela kes kematian dalam kalangan golongan berisiko tinggi dan memastikan semua perkhidmatan kesihatan berjalan dengan lancar.

Selain itu, memperkukuh diagnostik dan pemantauan COVID-19 dengan meningkatkan keupayaan untuk menjalankan aktivirti pencegahan dan kawalan COVID-19 mengikut ketetapan garis panduan; mencapai imuniti kelompok melalui pemberian vaksin kepada 70 peratus penduduk di Malaysia.

Strategi kelima ialah meningkatkan kesedaran orang awam dengan pembudayaan norma baharu dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) serta memulihkan keyakinan dan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan.

“Sehubungan itu, KKM perlu mempertingkatkan aktiviti pengesanan kes dan kontak bagi mengelak penularan berterusan dalam komuniti dan seterusnya melandaikan keluk pandemik COVID-19 di Malaysia.

“Antara strategi dalam melandaikan keluk pandemik COVID-19 adalah dengan pengesanan dan pengasingan kes dalam tempoh ditetapkan bagi mengelakkan penularan jangkitan dalam komuniti,” katanya pada sidang media perkembangan program berkenaan, hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin.

Dr Adham berkata, bagi meningkatkan aktiviti saringan dalam pengesanan kes, Kementerian Kesihatan (KKM) meningkatkan kapasiti makmal menjalankan ujian RT-PCR terhadap sampel harian dengan penyumberan luar makmal swasta selain makmal kesihatan awam, universiti, hospital kerajaan dan klinik kesihatan.

Beliau berkata, ujian saringan COVID-19 menggunakan RTK-Ag dilakukan di fasiliti kesihatan kerajaan dan swasta serta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta (KPJKS) yang berdaftar atau berlesen bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586). – BH Online

Tags: KKMpandemik COVID-19
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Moga Pelancongan Di Kelantan Terus Maju

Next Post

“Isu Air Di Kelantan”

Related Posts

82,637 Petugas Kesihatan KKM Dikecualikan Waktu Bekerja Syif

82,637 Petugas Kesihatan KKM Dikecualikan Waktu Bekerja Syif

11/07/2025
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju untuk memberi pengecualian kepada waktu bekerja syif bagi petugas kesihatan membabitkan lima skim perkhidmatan kritikal di...

Tunku Mahkota Ismail Gesa KKM Tempatkan Segera Petugas Kesihatan Di Hospital Pasir Gudang

Tunku Mahkota Ismail Gesa KKM Tempatkan Segera Petugas Kesihatan Di Hospital Pasir Gudang

08/07/2025
0

KUALA LUMPUR: Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menitahkan Kementerian Kesihatan (KKM) supaya tindakan segera dapat diambil untuk menempatkan petugas...

Next Post

"Isu Air Di Kelantan"

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd