Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Seorang Mangsa Culik Abu...

LAHAD DATU - Seorang nelayan warga Indonesia dikenali sebagai Laa Baa yang diculik...

Kerani Boleh Mohon Tangguh...

KUALA LUMPUR : Seorang kerani yang dijatuhkan hukuman penjara enam tahun dan didenda...

Penyeragaman Maklumat Saluran Bantuan...

KOTA BHARU - Kerajaan akan memastikan penyeragaman maklumat lebih tersusun dalam penyaluran bantuan...

Nama Unik Buat Rasmi...

NAMANYA yang sedikit unik dan lain dari yang lain ini membuatkan Rasmi Abdullah...

450 Positif Covid-19 Di 3 Kawasan PKPD

SEBANYAK 450 kes positif jangkitan koronavirus baharu (Covid-19) dikesan dari tiga kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Kluang, Johor mencatatkan 10 kes positif baharu hari ini dan menjadikan jumlah keseluruhan kes adalah sebanyak 132 kes di situ.

“Bandar Baharu Datuk Ibrahim Majid merekodkan 97 kes positif hari ini berbanding 89 kes semalam.

“Lain-lain lokaliti pula merekodkan 35 kes hari ini berbanding 33 kes semalam,” katanya pada sidang media harian Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

Bagi kawasan Hulu Langat, Noor Hisham berkata, sebanyak 300 kes positif dikesan di kawasan berkenaan hari ini iaitu peningkatan 13 kes berbanding 287 kes semalam.

“Mengikut pecahan, Kampung Sungai Lui mempunyai 90 kes iaitu 25 kes berkaitan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling, manakala 65 kontak rapat.

“Lain-lain kawasan pula mencatatkan 210 kes iaitu 25 kes berkaitan kluster perhimpunan tabligh dan 185 kontak rapat,” katanya.


Beliau berkata, Menara City One di Jalan Munshi Abdullah pula merekodkan 18 kes positif setakat ini.

Katanya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih melakukan penyiasatan di semua kawasan berkenaan dan berharap pelaksanaan PKPD akan dapat mengawal penularan wabak di kawasan berkenaan.

Kerajaan melaksanakan PKPD di Kampung Datuk Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Datuk Ibrahim Majid, Kluang bermula pada 26 Mac lalu selepas 61 penduduk dikesan positif Covid-19.

Arahan kedua PKPD dilaksanakan di tujuh kampung di Hulu Langat, Selangor berkuat kuasa 29 Mac lalu manakala PKPD ketiga dilaksanakan di Menara City One berkuat kuasa pada Isnin lalu. – myMetro Online

Kategori