• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4 Sekeluarga Maut Kereta Bertembung Treler

oleh
29/03/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BENTONG – Empat sekeluarga maut dalam kemalangan membabitkan kereta dan treler di Kilometer 5 Jalan Bentong-Raub, di sini, awal pagi tadi. 

Mangsa terakhir, Muhammad Aisy Harraz Aziz, 7, meninggal dunia di Wad Kecemasan Hospital Bentong semasa menerima rawatan. 

Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, mangsa, Marlianna Abdul Muid, 37, dan Marlia Abdul Muid, 36, disahkan meninggal dunia di lokasi manakala seorang lagi mangsa, Muhammad Faizz Aryan Mohd Faizuddin, 9, meninggal dunia di Hospital Bentong. 

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, kejadian berlaku ketika Perodua Myvi dipandu Marlianna dalam perjalanan dari arah Kota Bharu, Kelantan menuju ke Banting, Selangor. 

“Sebaik tiba di lokasi, kereta itu masuk ke laluan bertentangan untuk memotong sebuah kenderaan lain, namun gagal dan bertembung dengan treler dari arah bertentangan,” katanya dalam kenyataan, hari ini. 

Zaiham berkata, kejadian itu menyebabkan Perodua Myvi berkenaan mengalami kerosakan teruk manakala treler terbabit hanya mengalami kerosakan kecil. 

“Kanak-kanak berusia sembilan tahun itu adalah anak kepada Marlia, manakala, kanak-kanak berusia tujuh tahun itu pula adalah anak saudaranya (Marlia). 

“Semua mangsa berkenaan berasal dari Banting, Selangor,” katanya yang memaklumkan kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. 

Beliau meminta saksi yang melihat kejadian berkenaan supaya tampil bagi membantu siasatan. 

“Kami menasihatkan orang ramai yang memandu kenderaan supaya sentiasa berhati-hati.

“Patuhi peraturan lalu lintas dan memastikan kenderaan sentiasa dalam keadaan selamat serta diselenggara dengan baik,” katanya. 

Terdahulu, Harian Metro melaporkan tiga maut, manakala seorang kanak-kanak lelaki parah selepas kereta dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler di Jalan Bentong-Raub berhampiran Taman Desa Damai, di sini, awal pagi tadi. – myMetro Online

Tags: dirempuh trelerkemalangan maut
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kenapa Malaysia Tidak Dijemput? – Najib

Next Post

Uncle Kentang Mohon Maaf Kepada Polis

Related Posts

Dua Beranak Maut Motosikal Hilang Kawalan Bertembung Pacuan Empat Roda

Dua Beranak Maut Motosikal Hilang Kawalan Bertembung Pacuan Empat Roda

05/07/2025
0

TANGKAK – Dua beranak maut dalam kemalangan membabitkan sebuah pacuan empat roda dan motosikal di Kilometer 2.5, Jalan Sialang pada...

Warga Emas Maut, Dua Cedera Nahas Di JRTB Gerik-Jeli

Warga Emas Maut, Dua Cedera Nahas Di JRTB Gerik-Jeli

26/06/2025
0

IPOH - Seorang warga emas maut manakala dua lagi cedera selepas kereta dinaiki mereka terlibat dalam nahas dengan sebuah lori...

Next Post

Uncle Kentang Mohon Maaf Kepada Polis

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd