• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 15, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3,211 Kes Baharu Covid-19, 8 Kematian Hari Ini

oleh
15/01/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penularan Covid-19 dalam negara mencatatkan 3,211 kes baharu hari ini dengan merekodkan lapan kematian.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 di negara ini meningkat kepada 151,066 kes dengan kebolehjangkitan sebanyak 35,253 kes.

Menurutnya, daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat lima kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara, manakala penularan dalam negara pula adalah 3,206 kes.

“Selangor masih melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 889 kes (27.7 peratus). 

“Daripada jumlah ini, sebanyak 658 kes (74.0 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan. 

“Ia diikuti Johor sebanyak 535 kes (16.7 peratus) dan Sabah sebanyak 514 kes (16.0 peratus),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut merekodkan bilangan kes sembuh Covid-19 sebanyak 1,939 kes menjadikan jumlah kumulatif kes pulih adalah 115,227 kes.

Beliau turut memaklumkan, dengan pertambahan lapan kematian hari ini, ia menjadikan jumlah kumulatif kes kematian adalah sebanyak 586 kes.

“Sehingga kini, terdapat 204 kes positif Covid-19 yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 87 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya. – myMetro Online

Tags: Covid-19CPRCKKM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Jaminan Kerajaan Kepada Simpanan Pendeposit TH Kekal

Next Post

Tun Salleh Abas Meninggal Dunia Pagi Tadi

Related Posts

82,637 Petugas Kesihatan KKM Dikecualikan Waktu Bekerja Syif

82,637 Petugas Kesihatan KKM Dikecualikan Waktu Bekerja Syif

11/07/2025
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju untuk memberi pengecualian kepada waktu bekerja syif bagi petugas kesihatan membabitkan lima skim perkhidmatan kritikal di...

Tunku Mahkota Ismail Gesa KKM Tempatkan Segera Petugas Kesihatan Di Hospital Pasir Gudang

Tunku Mahkota Ismail Gesa KKM Tempatkan Segera Petugas Kesihatan Di Hospital Pasir Gudang

08/07/2025
0

KUALA LUMPUR: Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menitahkan Kementerian Kesihatan (KKM) supaya tindakan segera dapat diambil untuk menempatkan petugas...

Next Post

Tun Salleh Abas Meninggal Dunia Pagi Tadi

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd