• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Maut Nahas Ngeri Treler Hempap Lori

oleh
29/01/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BATU PAHAT – Tiga maut dalam satu kemalangan mengerikan melibatkan sebuah lori dan sebuah treler di hadapan stesen minyak Petronas di Jalan Kluang-Batu Pahat di sini pada Jumaat.

Dalam kejadian pada jam 6.28 pagi, lori seberat tiga tan dengan muatan peralatan bengkel bertembung dengan sebuah treler yang membawa muatan simen.

Kemalangan itu mengakibatkan treler menghempap lori dan menyebabkan pemandu lori, Mohamad Azraai Mohamad Rizal, 24, dan dua kelindannya, Sadam Hussin Hamidon, 30, Deli Mustapha, 59, tersepit.

Seramai 18 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Hitam serta BBP Kluang dengan sebuah jentera Fire Rescue Team (FRT) serta satu Unit Bantuan Perkhidmantan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian.

Komander Operasi dari BBP Ayer Hitam, Penolong Pegawai Bomba Mohamad Shamin Mohamed Salikin Shoromi Salih berkata, pihaknya mengeluarkan mangsa dengan menggunakan peralatan khas dibantu sebuah kren.

“Semua mangsa tersepit di tempat duduk dan berjaya dikeluarkan dalam masa kira-kira dua jam. Ketiga -tiga mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang hadir di lokasi.

“Semua mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis. Bagaimanapun pemandu treler berkenaan, Saiful Nizam Mansor, 39, terselamat dan operasi tamat pada jam 8.43 pagi,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat. – Sinar Harian

Tags: kemalangan mautloritreler
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Moody’s Jangka KDNK Malaysia Pulih 6.0% Tahun Ini

Next Post

3 Lelaki Malaysia Kes Import Asimptomatik Di Singapura

Related Posts

Dua Beranak Maut Motosikal Hilang Kawalan Bertembung Pacuan Empat Roda

Dua Beranak Maut Motosikal Hilang Kawalan Bertembung Pacuan Empat Roda

05/07/2025
0

TANGKAK – Dua beranak maut dalam kemalangan membabitkan sebuah pacuan empat roda dan motosikal di Kilometer 2.5, Jalan Sialang pada...

Warga Emas Maut, Dua Cedera Nahas Di JRTB Gerik-Jeli

Warga Emas Maut, Dua Cedera Nahas Di JRTB Gerik-Jeli

26/06/2025
0

IPOH - Seorang warga emas maut manakala dua lagi cedera selepas kereta dinaiki mereka terlibat dalam nahas dengan sebuah lori...

Next Post

3 Lelaki Malaysia Kes Import Asimptomatik Di Singapura

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd