• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

22 Rakyat China Didakwa Promosi Judi Online

oleh
27/05/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Seramai 22 warga China termasuk dua wanita dihadapkan ke dua Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan mempromosi perjudian dalam talian melalui laman web, awal bulan ini.

Kesemua tertuduh yang berumur antara 23 dan 31 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin di hadapan Majistret Nor Ariffin Hisham dan Majistret  Zhafran Rahim Hamzah.

Mereka didakwa bersama-sama melakukan kesalahan itu di No D-15-13 dan E-12-16, Pacific Place 1A/4A, Off Lapangan Terbang Subang di sini, pada 12 tengah hari dan 12.30 tengah hari, 9 Mei lepas.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Kesemua tertuduh yang ditangkap pada hari kejadian, didakwa mengikut Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta sama, yang memperuntukkan hukuman denda minimum RM5,000 dan maksimum RM50,000 dan penjara maksimum tiga tahun serta denda minimum RM5,000 dan maksimum RM50,000 bagi setiap mesin judi yang dirampas, jika sabit kesalahan.

Bagi prosiding membabitkan 10 tertuduh di hadapan Nor Ariffin, majistret itu membenarkan kesemua mereka dibebaskan dengan jaminan RM8,000 dan dua penjamin warga tempatan serta menetapkan 13 Julai depan untuk sebutan semula kes.

Beliau turut memerintahkan kesemua pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah selain mereka perlu melapor diri di balai polis berhampiran sebulan sekali sehingga kes selesai.

Bagi 12 tertuduh termasuk dua wanita yang didakwa di hadapan Zhafran, majistret itu membenarkan kesemua mereka diikat jamin RM3,000 dan dua penjamin warga tempatan serta menetapkan 9 Julai depan untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan di kedua-dua mahkamah dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohammad Fakhrurrazi Ahmad Salim dan Siti Zubaidah Mahat manakala kesemua tertuduh diwakili peguam Nur Aminahtul Marrdhiah Md Nor dan Lim Chee Chung.

Media sebelum ini melaporkan penahanan 22 warga China dipercayai terlibat dengan sindiket perjudian dalam talian di sebuah premis di Ara Damansara di sini, yang menyasarkan mangsa dari negara itu.

Tags: Judi onlineWarga China
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pemandu Van Keselamatan Maut Kemalangan

Next Post

Dulu Tak Nak Buka Kedai Gunting, Sekarang Rayu

Related Posts

2 Pelajar Warga China Mengaku Tak Salah Tipu Penculikan, Tuntut Ibu Bayar Tebusan RM2.9 Juta

2 Pelajar Warga China Mengaku Tak Salah Tipu Penculikan, Tuntut Ibu Bayar Tebusan RM2.9 Juta

13/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Dua warga China yang juga pelajar sebuah universiti di Singapura hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini,...

Kilang Haram E-waste Diserbu, Pemilik Warga China Ditahan, Rampasan RM21.83 Juta

Kilang Haram E-waste Diserbu, Pemilik Warga China Ditahan, Rampasan RM21.83 Juta

07/02/2025
0

BUKIT MERTAJAM - Seramai 11 warga asing ditahan dalam serbuan sebuah kilang yang menjalankan aktiviti melerai buangan elektrik dan elektronik...

Next Post

Dulu Tak Nak Buka Kedai Gunting, Sekarang Rayu

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd