• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Lagi Kes Positif Covid-19 Dikesan, Parlimen Tangguh Isnin

oleh
29/07/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sidang Dewan Rakyat ditangguhkan sehingga Isnin depan berikutan terdapat dua lagi kes positif Covid-19 yang dikesan hasil ujian saringan di Parlimen pada Khamis.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon memaklumkan perkara tersebut pada Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 pada Khamis.

“Mereka yang hadir sejak Isnin lepas, tapi tidak ada hari ini, perlu jalani ujian di klinik berdekatan.

“Sehubungan itu, saya tempohkan (tangguh) Mesyuarat Khas pada Isnin hadapan,” katanya.

Pengumuman itu menjadikan suasana Dewan bertukar kecoh kerana rata-rata ahli parlimen pembangkang tidak bersetuju dengan penangguhan tersebut.

Dewan Rakyat sebelum itu ditangguhkan pada penghujung sesi pagi, pada awalnya bagi perbincangan berhubung desakan perbahasan isu penamatan Ordinan Darurat susulan pendedahan Istana Negara bahawa kerajaan bertindak mengelirukan Dewan.

Bagaimanapun persidangan yang sepatutnya disambung bagi sebelah petang, sekali lagi ditangguhkan apabila semua ahli parlimen diarahkan menjalani ujian saringan setelah dua kes positif di kesan sejak Isnin.

Perkembangan itu menjadikan sidang Dewan Rakyat pada Khamis berakhir tanpa perbahasan pada sesi sebelah petang dan penggulungan daripada Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. – Sinar Harian

Tags: ordinan daruratpandemik COVID-19sidang khas parlimen
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

UMNO Mahu Muhyiddin, Takiyuddin Letak Jawatan

Next Post

Kerajaan Masih Dapat Sokongan Lebih 110 Ahli Parlimen – TPM

Related Posts

PH Usulkan Sidang Khas Parlimen Isu Harga Barang

PH Usulkan Sidang Khas Parlimen Isu Harga Barang

06/07/2022
0

JOHOR BAHRU : Pakatan Harapan (PH) mengusulkan supaya sidang Parlimen khas bagi membincangkan isu harga barang dan kos sara hidup...

Dasar Fiskal: Kerajaan Fokus Pacu Negara Keluar Daripada Pandemik

29/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Gelombang ketiga pandemik Covid-19 yang melanda negara memberi cabaran besar kepada kemampuan fiskal kerajaan, sekali gus mendorong...

Next Post

Kerajaan Masih Dapat Sokongan Lebih 110 Ahli Parlimen - TPM

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd