• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Kluster Baharu Covid-19 Dikesan

oleh
07/12/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dua kluster baharu berkaitan penularan Covid-19 dikenal pasti di Kuala Lumpur dan Selangor, hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster berkenaan dikenali Kluster Malawati membabitkan daerah Kuala Selangor dan Kluster Tapak Bina Awan Lembah membabitkan tiga daerah iaitu Lembah Pantai, Titiwangsa serta Klang.

“Kes indeks bagi Kluster Malawati (kes ke-65,188) dilaporkan positif Covid-19 pada 30 November lalu hasil saringan individu bergejala.

“Sehingga hari ini, sejumlah 143 individu disaring dengan 14 individu dikesan positif,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Mengenai Kluster Tapak Bina Awan Lembah, Dr Noor Hisham berkata, dua kes indeks dikesan (kes ke-69,722 dan 71,992) yang dilaporkan positif Covid-19 hasil saringan individu bergejala serta saringan kendiri pada 4 Disember lalu.

“Mereka adalah pekerja di sebuah tapak pembinaan di Titiwangsa.

“Sehingga hari ini, sejumlah 441 individu disaring dengan 35 individu dikesan positif dalam kluster ini,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, terdapat sebanyak 390 kluster dilaporkan dengan 203 sudah diisytihar tamat termasuk Kluster Kertang dan Kluster Sembulan yang tamat, hari ini.

Menurutnya, ia menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau sebanyak 187 kluster termasuk 51 kluster melaporkan pertambahan kes, hari ini.

Kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Bakti (500 kes), Kluster Batu Tujuh (53 kes) dan Kluster Tembok (49 kes). – myMetro Online

Tags: Covid-19KKMkluster
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

1,600 Kes Baharu Covid-19, Negeri Sembilan Tertinggi

Next Post

Tiada Perubahan Kriteria i-Sinar Buat Masa Ini – KWSP

Related Posts

82,637 Petugas Kesihatan KKM Dikecualikan Waktu Bekerja Syif

82,637 Petugas Kesihatan KKM Dikecualikan Waktu Bekerja Syif

11/07/2025
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju untuk memberi pengecualian kepada waktu bekerja syif bagi petugas kesihatan membabitkan lima skim perkhidmatan kritikal di...

Tunku Mahkota Ismail Gesa KKM Tempatkan Segera Petugas Kesihatan Di Hospital Pasir Gudang

Tunku Mahkota Ismail Gesa KKM Tempatkan Segera Petugas Kesihatan Di Hospital Pasir Gudang

08/07/2025
0

KUALA LUMPUR: Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menitahkan Kementerian Kesihatan (KKM) supaya tindakan segera dapat diambil untuk menempatkan petugas...

Next Post

Tiada Perubahan Kriteria i-Sinar Buat Masa Ini - KWSP

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd