• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 8, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1MDB: Wang RM100,000 Daripada Hasan Malek Dilucut Hak

oleh
29/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Wang RM100,000 yang dibekukan daripada akaun bank bekas Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Seri Hasan Malek berhubung penyiasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kini menjadi harta Kerajaan Malaysia.

Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamed Zaini Mazlan memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Mahadi Abdul Jumaat memaklumkan mahkamah bahawa responden (Hasan) telah memasukkan representasi untuk memulangkan wang berkenaan.

“Afidavit pemohon (Pendakwa Raya) tidak dibalas oleh responden dan warta hari ini tiada pihak ketiga yang hadir (untuk tuntut wang itu).

“Kami memohon kesemua wang yang disita dilucut hak kepada kerajaan Malaysia,” katanya semasa sebutan kes itu hari ini.

Peguam Muhammad Iqbal Ismail yang mewakili Hasan mengesahkan perkara itu dan berkata pihak responden tidak membantah wang itu dilucut hak.

Sementara itu, mahkamah turut menetapkan 4 dan 5 Disember untuk pendengaran hujahan lisan bagi kes tiga entiti iaitu Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Wanita MCA dan Badan Perhubungan UMNO Sabah berhubung pelucutan harta.

Mahadi berkata pihak pemohon (Pendakwa Raya) telah memfailkan afidavit pada 23 Ogos dan memberitahu mahkamah bahawa tiada pihak ketiga yang hadir untuk menuntut wang yang dibekukan daripada tiga entiti itu.

“Perwartaan pihak ketiga disiarkan pada 24 Julai bagi kesemua responden (tiga entiti) dan tiada pihak ketiga yang hadir,” katanya.

Jumlah wang yang dimohon kerajaan untuk dilucut hak dari UMNO ialah RM212,965,413.61, Wanita MCA berjumlah RM300,000 dan Badan Perhubungan UMNO Sabah sebanyak RM1,254,112.24.

Hakim Mohamed Zaini menetapkan 27 September untuk pemohon memfailkan hujahan bertulis manakala 18 Oktober bagi hujahan bertulis oleh responden.

Peguam Aieshah Nadia Masdar mewakili UMNO, peguam Low Hai Liang bertindak bagi pihak Wanita MCA manakala Badan Perhubungan UMNO Sabah diwakili peguam Harcharanjit Singh.

Permohonan melucut hak itu dibuat pendakwaan mengikut Seksyen 56(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya dalam sidang akhbarnya baru-baru ini berkata permohonan pelucutan hak telah difailkan terhadap 41 responden untuk memperoleh semula dana kira-kira RM270 juta yang mempunyai kaitan dengan 1MDB.

Latheefa berkata tindakan itu diambil mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLA) yang suruhanjaya itu percaya wang berkenaan dipindahkan daripada akaun bank bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tags: 1MDBHasan Maleklucut hakUMNO
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Najib Tandatangan Borang Tukar TIA Kepada 1MDB

Next Post

Kerajaan Perak Nafi Beri Maklumat Palsu Beli 16 Toyota Camry

Related Posts

Kes Rasuah ADUN Sabah: UMNO Beri Kepercayaan Kepada SPRM – Zahid

Kes Rasuah ADUN Sabah: UMNO Beri Kepercayaan Kepada SPRM – Zahid

24/06/2025
0

KOTA KINABALU: UMNO memberikan kepercayaan penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mengendalikan kes dua Ahli Dewan Undangan Negeri...

UMNO Belum Terima Usul Tarik Balik Penggantungan Keahlian Hishammuddin – Azalina

UMNO Belum Terima Usul Tarik Balik Penggantungan Keahlian Hishammuddin – Azalina

23/06/2025
0

SHAH ALAM: Semua UMNO Bahagian berhak menyuarakan usul dan pandangan masing-masing termasuk berhubung penarikan semula penggantungan keahlian Datuk Seri Hishammuddin...

Next Post

Kerajaan Perak Nafi Beri Maklumat Palsu Beli 16 Toyota Camry

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd