• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Perak Nafi Beri Maklumat Palsu Beli 16 Toyota Camry

oleh
29/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Kerajaan negeri tidak berbohong apabila menjelaskan dalam sidang DUN Perak bulan lalu bahawa pembelian 16 buah Toyota Camry kereta rasmi kerajaan negeri mendapat pelepasan cukai.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, maklumat yang diterima ketika menjawab soalan dalam sidang DUN pada masa itu tidak tepat.

Menurutnya, namun perkara utama yang mahu diperjelaskan oleh kerajaan sebenarnya ialah pembelian kereta tersebut berbaloi dan menjimatkan duit kerajaan.

“Menipu ini contohnya kalau kita ada maklumat Perdana Menteri mencuri tetapi kita tidak memaklumkan kepada DUN dan mempertahankan Perdana Menteri dalam Parlimen, itu menipu.

“Tetapi kalau kita dapat maklumat dan menyebut seperti maklumat yang kita ada namun maklumat itu tak tepat, itu bukan menipu. Itu sekadar menyampaikan maklumat yang diberikan oleh pegawai,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Kejohanan Cabaran Lawn Bowls Piala Menteri Besar Perak di Arena Lawn Bowls Perak, di sini hari ini.

Ahmad Faizal mengulas kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Saarani Mohamad semalam bahawa kerajaan negeri menipu berhubung pengecualian cukai pembelian kereta rasmi kerajaan negeri.

Beliau berkata, perkara utama yang sepatutnya menjadi perhatian ialah penjimatan kerajaan melalui pembelian kereta tersebut memandangkan kos ditanggung sebelum ini agak tinggi.

“Pembelian kereta baharu ini mendapat jaminan selama 5 tahun, perbelanjaan kerajaan negeri lebih rendah dari segi penyelenggaraan kereta.

“Saya berpandangan keputusan pembelian ini amat tepat kerana menjimatkan perbelanjaan selain menambah harta negeri,” katanya.

Pada sidang DUN bulan lalu, Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pendidikan Islam, Luar Bandar dan Usahawan Perak, Asmuni Awi yang menjawab bagi pihak kerajaan memaklumkan harga kereta Toyota Camry yang berharga RM190,000 seunit itu mendapat dibeli pada harga RM109,00 seunit kerana mendapat pelepasan cukai.

Namun Kementerian Kewangan dalam kenyataannya menjelaskan bahawa Perak tidak diberikan pengecualian cukai dalam pembelian kereta Toyota Camry sebagai kenderaan rasmi itu. – UTUSAN ONLINE

Tags: Ahmad Faizal Azumukerajaan perakToyota camry
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Perak Ambil Tanggungjawab Penuh Insiden Wanita Cuba Dekati Sultan Nazrin – MB

Kerajaan Perak Ambil Tanggungjawab Penuh Insiden Wanita Cuba Dekati Sultan Nazrin – MB

03/09/2025
0

IPOH: Kerajaan Negeri Perak mengambil tanggungjawab sepenuhnya insiden seorang wanita cuba mendekati Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah sewaktu sambutan Hari...

Perak Mahu Siasatan Menyeluruh Cari Jawapan Punca Bunyi Letupan, Gegaran Di Ipoh – Saarani

Perak Mahu Siasatan Menyeluruh Cari Jawapan Punca Bunyi Letupan, Gegaran Di Ipoh – Saarani

21/06/2025
0

IPOH: Kerajaan Perak meminta jabatan dan agensi berkaitan menjalankan siasatan menyeluruh bagi mencari jawapan punca bunyi letupan dan gegaran di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd