• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

11 Kematian, 1,075 Kes Positif Covid-19 Hari Ini

oleh
03/12/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebelas kes kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan ia antara jumlah kes kematian tertinggi pernah dicatatkan sepanjang penularan pandemik ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 11 kematian direkodkan itu membabitkan tujuh wanita dan empat lelaki tempatan berusia 50 hingga 81 tahun.

“Kematian direkodkan di Selangor, Johor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Sabah dengan 10 daripadanya memiliki rekod penyakit kronik,” katanya pada kenyataan.

Pada masa sama, kes positif Covid-19 kembali empat angka dengan 1,075 kes direkodkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Dr Noor Hisham berkata, ini menjadikan jumlah kes positif di Malaysia kepada 69,095 kes dengan jumlah kes aktif kebolehjangkitan adalah 10,802 kes.

“Hanya tiga kes import direkodkan hari ini manakala selebihnya adalah kes jangkitan tempatan.

“Negeri di Lembah Klang melaporkan jumlah kes harian 508 dengan Selangor merekodkan 459 kes.

“Sabah merekodkan 310 kes diikuti dengan Johor sebanyak 78 kes,” katanya.

Beliau berkata, 48 kes yang dilaporkan pula adalah kluster di penjara membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan dengan 41 kes, Kluster Tembok dan Kluster Matambai masing-masing tiga kes manakala Kluster Bakti satu kes.

Katanya, KKM merekodkan 948 kes sembuh hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya adalah 57,917 kes.

Beliau berkata, sehingga kini, 116 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 46 kes memerlukan bantuan pernafasan. – myMetro Online

Tags: Covid-19CPRCKKM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Agong Sertai Operasi SAR Remaja Jatuh Sungai Pahang

Next Post

Duit KWSP, Duit Rakyat – Najib

Related Posts

82,637 Petugas Kesihatan KKM Dikecualikan Waktu Bekerja Syif

82,637 Petugas Kesihatan KKM Dikecualikan Waktu Bekerja Syif

11/07/2025
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju untuk memberi pengecualian kepada waktu bekerja syif bagi petugas kesihatan membabitkan lima skim perkhidmatan kritikal di...

Tunku Mahkota Ismail Gesa KKM Tempatkan Segera Petugas Kesihatan Di Hospital Pasir Gudang

Tunku Mahkota Ismail Gesa KKM Tempatkan Segera Petugas Kesihatan Di Hospital Pasir Gudang

08/07/2025
0

KUALA LUMPUR: Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menitahkan Kementerian Kesihatan (KKM) supaya tindakan segera dapat diambil untuk menempatkan petugas...

Next Post

Duit KWSP, Duit Rakyat - Najib

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd