Thursday, May 2, 2024

Creating liberating content

Video: Dua Bulan Makan...

GARA-GARA ingin lari dari bayar harga makanan, seorang pelanggan berusia 30-an dibelasah oleh sekumpulan lelaki dalam...

Video Intai: Bekas Pembantu...

SEPANG - Timbalan Menteri Dalam Negeri, Azis Jamman hari ini mengesahkan seorang bekas...

Hasil Kutipan GST Akan...

ALOR SETAR - Kutipan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) akan dikembalikan semula kepada...

Peruntukan RM200,000 Untuk Penggiat...

KUALA NERUS - Kerajaan negeri menyalurkan peruntukan khas sebanyak RM200,000 kepada Jabatan Pelancongan...

Yakin Kerajaan Timbang Pindah Balik Ke Terminal 2 KKIA

KOTA KINABALU – AirAsia Group Bhd yakin kerajaan akan menimbang cadangannya untuk memindahkan semula operasinya ke Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA).

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Tan Sri Tony Fernandes berkata sekiranya syarikat penerbangan tambang rendah itu dibenarkan berpindah kembali ke Terminal 2 daripada Terminal 1 sekarang, operasi di Terminal 2 akan bermula dalam tempoh enam bulan akan datang atau kemungkinan lebih cepat dalam tempoh tiga bulan.

“Terminal 2 sangat penting dalam pembangunan pelancongan Sabah. Kami tidak dapat banyak berkembang sejak Terminal 2 ditutup. Jadi kami mengadakan pertemuan dengan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan dan Kementerian Pengangkutan, dan hari ini kami bertemu dengan Ketua Menteri Sabah (Datuk Seri Mohd Shafie Apdal) untuk berbincang mengenai pembukaan semula Terminal 2.

“Kami percaya dengan Terminal 2, kami boleh meneruskan pertumbuhan yang kami catatkan sebelum ini, kira-kira 26 peratus (gabungan tahunan). Kami fikir kami boleh, dalam tempoh jangka pendek, membawa masuk lima juta pelancong ke Sabah.

“Perbezaan besarnya adalah sekarang AirAsia X menaruh keyakinan yang tinggi terhadap Sabah… dan kami mahu memulakan penerbangan dari Kota Kinabalu (KK)-India, KK ke bahagian utara Asia (seperti) China, Jepun, dan Korea, dan juga ke Australia (terutamanya) Melbourne, Sydney dan Perth,” katanya kepada pemberita di KKIA, di sini, hari ini.

Terdahulu hari ini, Fernandes mengunjungi Mohd Shafie di pejabat Ketua Menteri.

Fernandes berkata Mohd Shafie “nampaknya kelihatan seperti menerima (cadangan) itu”.

Selain membincangkan cadangan AirAsia untuk kembali ke Terminal 2, perkara lain yang turut dibincangkan dengan Ketua Menteri yang juga Menteri Kewangan Negeri, ialah mengenai penerbangan terus dari pelbagai destinasi ke Sandakan dan Tawau.

AirAsia menamatkan operasinya di Terminal 2 berkuat kuasa 1 Disember 2015, mengakhiri operasi syarikat penerbangan itu di terminal tersebut sejak 12 tahun lalu. Perpindahan ke Terminal 1 adalah atas arahan yang dibuat oleh menteri pengangkutan pada masa itu, Datuk Seri Liow Tiong Lai.


Menurut Fernandes, AirAsia merancang memperuntukkan kira-kira RM20 juta untuk buka semula operasi di Terminal 2 bagi capai sasaran lima juta penumpang setahun serta mewujudkan kira-kira 30,000 pekerjaan bagi orang tempatan.

“Jadi kami berharap cadangan kami akan diterima,” katanya, sambil menambah beliau juga memaklumkan kepada Mohd Shafie tentang bagaimana syarikat penerbangan itu boleh memainkan peranan membantu Sabah dalam pembangunan modal serta bidang sains data dan kejuruteraan data.

Fernandes yang memuji kemajuan pembangunan Sabah juga berkata negeri ini memiliki potensi amat besar untuk menjadi hab utama penerbangan antara Australia dan Asia Utara, sama seperti Dubai di mana orang boleh singgah di sana sebelum meneruskan perjalanan ke Eropah.

Selain itu, katanya, AirAsia juga boleh menyediakan jaringan hubungan yang baik yang akan dapat banyak membantu meningkatkan perniagaan dan pelaburan di negeri ini.

Mengenai cadangan Sabah untuk membina sebuah lapangan terbang baharu, Fernandes berkata beliau berharap lapangan terbang baharu itu akan termasuk terminal tambang rendah bagi menampung permintaan pesat terhadap perkhidmatan penerbangan tambang rendah di ASEAN dan Asia berbanding perkhidmatan penerbangan premium. – BERNAMA

Kategori