• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kastam Nafi Kenderaan Penumpang Tiada Cukai Jualan

oleh
19/07/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) hari ini menjelaskan bahawa kenderaan penumpang sememangnya dicadang dikenakan cukai jualan tetapi terdapat pihak yang telah salah tafsir senarai yang dimuat naik dalam laman web jabatan itu.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri T Subromaniam berkata barang yang dikecualikan daripada cukai jualan dalam senarai tersebut hanya merujuk kepada komponen yang terurai (CKD) bagi pemasangan kenderaan penumpang sahaja.

“Apabila kenderaan siap dipasang daripada komponen CKD yang diimport tadi, kenderaan yang telah siap tersebut adalah tertakluk kepada cukai jualan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

JKDM telah memuat naik cadangan barangan yang dikecualikan daripada cukai jualan hari ini.

Barangan ini dirujuk kepada kod tarif yang dicadangkan untuk dikecualikan daripada cukai jualan semasa pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) pada 1 September 2018.

Susulan daripada senarai yang dimuat naik itu, berita berkaitan kenderaan penumpang bermotor tidak dikenakan cukai jualan telah tersebar luas.

“Dengan penjelasan ini, JKDM berharap isu ini selesai dan tidak mengelirukan rakyat dan pengguna,” kata Subromaniam. – BERNAMA

Tags: Kastam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

27/11/2025
0

Kuala Lumpur: Enam kontena yang mengandungi minuman keras disyaki diseludup ditemui ketika serbuan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) terhadap sebuah...

Kastam Rampas 545.35kg Ganja Bernilai RM1.69 Juta

Kastam Rampas 545.35kg Ganja Bernilai RM1.69 Juta

20/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas ganja bernilai RM1.69 juta yang ditinggalkan di pesisir pantai Kuala Perlis, Perlis,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd