Friday, April 19, 2024

Creating liberating content

GRO Ditahan Ketika Leka...

Melaka : Seramai 17 wanita warga asing disyaki bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO)...

Konvoi Bantuan Sampai Di...

DAMSYIK - Konvoi bantuan tiba untuk menyampaikan makanan, perubatan dan bekalan lain yang dinantikan sekian...

DAP Dicabar Nafikan Pertemuan...

TUARAN - Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Abdul Rahman Dahlan mahu kepimpinan DAP...

Unta Disingkir Pertandingan Ratu...

RIYADH - Sebanyak 12 unta dilarang daripada menyertai pertandingan 'ratu cantik' unta setelah...

Warga China Ditahan Seludup Minuman Keras RM85,000

KUANTAN – Seorang warga China ditahan bersama pelbagai jenis minuman keras dipercayai barangan seludup bernilai RM85,000 dalam satu serbuan di sebuah rumah di Galing di sini, awal pagi tadi.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga, ACP Zulkafli Sariaat berkata, serbuan dilakukan pada pukul 3 pagi tadi hasil maklumat orang ramai dan risikan yang dilakukan.

“Hasil pemeriksaan, kita telah menemukan sebanyak 592 kotak mengandungi minuman keras pelbagai jenis dipercayai diseludup dari China berdasarkan label botol berkenaan.

“Berikutan itu, polis telah menahan seorang lelaki warga China berusia 35 tahun dipercayai penjaga rumah tersebut dan ini merupakan kejayaan terbesar kita pada tahun ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.


Suspek kini ditahan reman selama 14 hari di Lokap Berpusat Indera Mahkota bermula hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967 jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum sehingga 20 kali nilai barang atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya. ​​​​ – BERNAMA

Kategori