Video: Padah Suntik Minyak Bayi Untuk Besarkan Otot Lengan

VIDEO ini menunjukkan detik mengerikan di mana seorang doktor cuba mengeluarkan cecair dipercayai minyak bayi yang telah disuntik ke dalam lengan seorang lelaki di Brazil.

Lelaki tersebut dikatakan cuba untuk membesarkan otot di lengannya itu dengan menyuntik minyak bayi bagi mendapatkan hasil lebih cepat.

Menerusi video yang dirakam, doktor tersebut dilihat terpaksa menggunakan pisau bedah untuk mengeluarkan cecair yang terperangkap di otot lengan lelaki itu yang sudah membengkak.

https://www.youtube.com/watch?v=W94Ja7IgmBQ

Menurut sumber, kecederaan yang berlaku akibat suntikan itu masih tidak jelas namun dia berkemungkinan akan hilang keupayaan untuk bergerak di bahagian lengan.

Walau bagaimanapun, amalan membesarkan otot dengan cara ‘mudah’ seperti ini dikatakan tetap popular di Brazil. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: Pitt Syfq

Sumber: Mirror

Loading...