• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 15, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TPM Zahid Tiba Di New York Sempena Lawatan Ke Amerika

oleh Ahmad Albab
23/08/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW YORK – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di sini pada Isnin (22 Ogos) untuk lawatan kerja lima hari ke Amerika Syarikat.

Bersempena dengan lawatannya itu, Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri akan mempengerusikan perbahasan di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) di Ibu Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York pada Selasa.

Perbahasan itu adalah mengenai ‘Cabaran Dalam Mendepani Percambahan Senjata Pemusnah Besar-besaran dan Kaedah Penghantaran, Bahan Berkaitan, Peralatan dan Teknologi Kepada Pelaku Bukan Negara’.

Ahmad Zahid akan berada di New York dari 22 hingga 26 Ogos.

Majlis Keselamatan terdiri daripada 15 anggota dengan kuasa-kuasa besar termasuk Rusia, United Kingdom, Perancis, China dan Amerika Syarikat, yang menjadi lima anggota tetap badan itu.

Majlis Keselamatan juga mempunyai 10 anggota tidak tetap termasuk Malaysia yang dipilih secara serantau untuk tempoh dua tahun.

Kepimpinan UNSC digilirkan dalam kalangan lima anggota tetap dan 10 anggota tidak tetap mengikut abjad.

Malaysia dipilih sebagai anggota tidak tetap Majlis Keselamatan untuk mandat dua tahun bermula 1 Jan tahun lepas dan akan berakhir 31 Dis ini.

Jawatan presiden Majlis itu disandang oleh setiap anggota seterusnya selama sebulan dan Malaysia menyandang jawatan UNSC yang digilirkan itu bagi bulan ini.

Ketibaan Ahmad Zahid di sebuah hotel di sini disambut oleh Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dan para pegawai Malaysia yang lain.

Ini merupakan lawatan rasmi ketiga Ahmad Zahid ke Amerika Syarikat sejak dilantik sebagai timbalan perdana menteri pada Julai tahun lepas. – BERNAMA

Tags: Amerika SyarikatZahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

‘Saya Harap Saya Tak Dianiaya Lagi…’ – Awie

Next Post

PM Najib Ucap Takziah Kepada Keluarga S R Nathan

Related Posts

Kes Rasuah ADUN Sabah: UMNO Beri Kepercayaan Kepada SPRM – Zahid

Kes Rasuah ADUN Sabah: UMNO Beri Kepercayaan Kepada SPRM – Zahid

24/06/2025
0

KOTA KINABALU: UMNO memberikan kepercayaan penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mengendalikan kes dua Ahli Dewan Undangan Negeri...

Korea Utara Kutuk Serangan AS

Korea Utara Kutuk Serangan AS

23/06/2025
0

SEOUL: Korea Utara hari ini, mengecam serangan Amerika Syarikat (AS) ke atas fasiliti nuklear Iran yang disifatkan pelanggaran serius terhadap...

Next Post

PM Najib Ucap Takziah Kepada Keluarga S R Nathan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd