TPM Terima Kunjungan Hormat Menteri Luar Sri Lanka

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini menerima kunjungan hormat Menteri Luar Sri Lanka, Tilak Marapana di pejabatnya di bangunan Parlimen.

Delegasi seramai tujuh orang itu turut disertai Pesuruhjaya Tinggi Sri Lanka di Malaysia, Majintha Jayesinghe.

Pertemuan ringkas tertutup selama 20 minit itu antara lain membincangkan mengenai hubungan dua hala antara Malaysia dan Sri Lanka.

Terdahulu, Dr Wan Azizah turut menerima kunjungan daripada delegasi Duta Palestin ke Malaysia yang diketuai Dr Anwar Al Agha. – BERNAMA