Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Tiada Laporan Air Tebu...

JERANTUT - Penggemar air tebu di negeri ini tidak perlu bimbang untuk membeli...

Suspek Kes Tembakan Dikenali...

KOTA KINABALU - Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Habibi Majinji berkata, identiti...

Kes HFMD Di Negeri...

SEREMBAN - Kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di Negeri Sembilan meningkat...

Cahaya Misteri ‘Terkam’ Teksi...

BAYANGKAN ketika anda sedang memandu bersendirian, tiba-tiba muncul pula sesuatu 'benda' cuba melintasi...

Terengganu Lanjut Tempoh Pajakan Tanah 99 Tahun

KUALA NERUS – Kerajaan negeri Terengganu menyeragamkan tempoh pajakan tanah kediaman dan perniagaan kepada 99 tahun berbanding 30 tahun dan 60 tahun sebelum ini.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata pemanjangan tempoh pajakan itu akan memudahkan rakyat negeri ini membuat urusan pinjaman bank bagi tujuan tersebut.

“Sebelum ini, pihak bank agak sukar meluluskan pinjaman bagi tempoh pajakan tanah yang pendek (bagi tempoh pajakan 30 atau 60 tahun).

“Dengan langkah penyeragaman ini, kita harap akan lebih ramai rakyat negeri ini dapat memiliki tanah sekaligus dapat membina kediaman masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikanPersidangan Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Kuala Nerus di Stadium Tertutup Gong Badak di sini, hari ini.

Sementara itu, Ahmad Razif menafikan dakwaan segelintir pihak mengenai langkah kerajaan negeri menawarkan tanah kepada golongan muda yang berkahwin di negeri ini sebagai ‘gula-gula’ menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14.


“Ia tidak benar kerana pemberian tanah kepada mereka yang laya adalah sebahagian daripada janji kerajaan untuk menghapuskan masalah pemilikan kediaman oleh golongan muda di negeri ini. Ia tidak ada kena mengena dengan PRU14,” katanya.

Pada 1 Ogos lepas, kerajaan negeri mengiklankan 5,900 lot tanah kosong di seluruh negeri untuk dipohon golongan muda yang telah berkahwin bagi membina kediaman masing-masing.

Mengenai kematian empat mangsa sengatan tebuan di daerah Dungun, Setiu dan Besut baru-baru ini, Ahmad Razif meminta pihak berkuasa tempatan (PBB) bertindak segera mengenal pasti kawasan berisiko dan menghapuskan sarang tebuan secepat mungkin agar kejadian sama tidak menimpa orang lain.

“Kita mohon juga bantuan Angkatan Pertahanan Awam turut membantu menghapuskan mana-mana kawasan yang mempunyai sarang tebuan. Orang ramai turut dinasihatkan tidak mendekati sarang berkenaan bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku,” katanya. – BERNAMA

Kategori