Sunday, May 5, 2024

Creating liberating content

Bekas Isteri SM Faisal...

KUALA LUMPUR – Bekas isteri ahli perniagaan, Datuk SM Faisal SM Nasimuddin, Emilia...

16 Kawasan ‘Panas’ Sering...

KOTA BHARU - Polis Kelantan mengenalpasti 16 kawasan 'panas' di seluruh negeri ini...

Bayi Maut Jatuh Dalam...

SHAH ALAM: Seorang bayi lelaki meninggal dunia selepas terjatuh ke dalam lubang tandas sebaik sahaja dilahirkan di sebuah rumah di Parit 7, Sekinchan petang tadi.

Lelaki Bangladesh Tak Siuman...

KUALA LUMPUR - Polis menahan seorang lelaki warga Bangladesh dipercayai kurang siuman kerana...

Prosiding Suruhanjaya Siasatan BNM 21 Ogos

PUTRAJAYA – Prosiding Suruhanjaya Siasatan untuk Menyiasat Kes Kerugian Akibat Urus Niaga Mata Wang Asing oleh Bank Negara Malaysia Sekitar Tahun 1990-an akan diadakan di Mahkamah Rayuan 6, Istana Kehakiman di sini pada Isnin, 21 Ogos.

Notis pemberitahuan yang dikeluarkan Setiausaha Suruhanjaya Siasatan itu hari ini memaklumkan bahawa prosiding itu akan dijalankan secara terbuka kepada umum.

Suruhanjaya Siasatan kes kerugian urus niaga mata wang asing itu ditubuhkan selaras dengan Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 [Akta 119].

Penubuhan suruhanjaya itu dan keanggotaan suruhanjaya mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.


Suruhanjaya enam anggota itu dipengerusikan Pengerusi Petroliam Nasional Bhd (Petronas) Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Turut menganggotai suruhanjaya itu ialah Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Kamaludin Md Said; Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Bhd Datuk Seri Tajuddin Atan; Pengerusi Bersama Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan Tan Sri Saw Choo Boon, Ahli Institut Akauntan Malaysia K. Pushpanathan dan Setiausaha Bahagian Pelaburan Strategik Kementerian Kewangan Datuk Dr Yusof Ismail yang juga setiausaha suruhanjaya siasatan itu. – BERNAMA

Kategori