Saturday, May 4, 2024

Creating liberating content

Kerugian RM5.2 Bilion Akibat...

PUTRAJAYA - Nilai kerugian dan kemusnahan harta benda akibat kebakaran di seluruh negara...

Pasar Raya Lotus’s Alami...

KUALA LUMPUR: Lotus's Stores Malaysia Sdn Bhd (Lotus's Malaysia) mengalami gangguan rantaian bekalan...

Isu Survival Graduan Melayu...

KUALA LUMPUR - Persidangan Kepimpinan Mahasiswa Nasional 2014 (PEMANAS 2014), yang bermula Khamis...

Saham AirAsia, AirAsia X...

KUALA LUMPUR - Saham AirAsia Group Bhd. dan AirAsia X Bhd. di Bursa...

2 Suspek Serangan Bom Di Pattani Ditahan Tentera

PATTANI – Pihak Tentera Thailand menahan dua lelaki dipercayai terlibat dalam kejadian serangan bom di Kampung Saimo, di sini semalam yang mencederakan sembilan anggota Renjer, tiga daripadanya parah.

Komander Tentera Bahagian ke-4, Leftenan Jeneral Piyawat Nakwanich berkata, kedua-dua suspek terbabit memiliki sembilan waran tangkap yang dikeluarkan oleh Balai Polis Nongchik, Pattani pada 2016.

“Tangkapan dilakukan sejurus selepas serangan bom itu hasil kepungan terhadap Kampung Pakalesong yang terletak berhampiran dengan lokasi kejadian. Suspek bersembunyi di sebuah rumah di kampung berkenaan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata di dalam rumah persembunyian mereka itu, pihak tentera menemukan sepucuk pistol 9mm dan bahan-bahan membuat bom.


Dalam kejadian yang berlaku pada 10.30 pagi semalam itu, kesemua anggota Renjer itu berada dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda apabila sebutir bom buatan sendiri dianggar seberat 50kg meletup ketika mereka melalui kampung berkenaan. – BERNAMA

Kategori