Monday, July 22, 2024

Creating liberating content

Sultan Selangor Titah Rakyat...

KUALA LUMPUR - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah supaya semua pihak...

Felcra Jangka Agihan Dividen...

BERA – Felda Berhad (Felcra) menjangkakan agihan pembayaran dividen interim kepada lebih 70,000...

“Jangan Panggil Saya Rasis”...

TIMBALAN Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan jangan panggil dirinya 'rasis' kerana...

Mangsa Banjir Perlu Daftar...

KUCHING - Mangsa banjir yang berpindah ke pusat pemindahan perlu memastikan mereka mendaftarkan...

2 Suspek Serangan Bom Di Pattani Ditahan Tentera

PATTANI – Pihak Tentera Thailand menahan dua lelaki dipercayai terlibat dalam kejadian serangan bom di Kampung Saimo, di sini semalam yang mencederakan sembilan anggota Renjer, tiga daripadanya parah.

Komander Tentera Bahagian ke-4, Leftenan Jeneral Piyawat Nakwanich berkata, kedua-dua suspek terbabit memiliki sembilan waran tangkap yang dikeluarkan oleh Balai Polis Nongchik, Pattani pada 2016.

“Tangkapan dilakukan sejurus selepas serangan bom itu hasil kepungan terhadap Kampung Pakalesong yang terletak berhampiran dengan lokasi kejadian. Suspek bersembunyi di sebuah rumah di kampung berkenaan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata di dalam rumah persembunyian mereka itu, pihak tentera menemukan sepucuk pistol 9mm dan bahan-bahan membuat bom.


Dalam kejadian yang berlaku pada 10.30 pagi semalam itu, kesemua anggota Renjer itu berada dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda apabila sebutir bom buatan sendiri dianggar seberat 50kg meletup ketika mereka melalui kampung berkenaan. – BERNAMA

Kategori