• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suasana Di Teluk Intan Ceria Dengan 500 Lampu Jalan

oleh AK-47
01/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TELUK INTAN – Kerajaan Pusat menyalurkan peruntukan RM250,000 di bawah projek pemasangan Lampu Jalan Kampung untuk kemudahan penduduk Parlimen Teluk Intan pada tahun ini.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Changkat Jong Datuk Mohd Azhar Jamaluddin berkata menerusi peruntukan itu, sebanyak 500 lampu jalan kini sudah mula dipasang di 13 kawasan kampung dalam kawasan Parlimen itu di mana projek berkenaan adalah penambahbaikan kepada kemudahan yang sedia ada di kampung.

Beliau berkata pihaknya telah mengemukakan permohonan untuk kemudahan tersebut  daripada  Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) awal tahun ini bagi meningkatkan kemudahan infrastruktur demi keselesaan masyarakat di luar bandar.

“Sebenarnya jumlah pemasangan lampu yang diterima dari KKLW tahun ini adalah yang terbanyak dalam sejarah.

Tahun-tahun sebelum ini, kita terima pemasangan lampu hanyalah sekitar 20 hingga 30 unit di mana kita terpaksa bahagikan kepada beberapa kampung yang lorong jalannya tidak pernah diterangi,” katanya ketika ditemui semasa memantau pemasangan 80 unit lampu jalan yang dikendalikan Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Kampung Banjar dan Kampung Selabak, di sini hari ini.

Menurut beliau, jumlah unit bagi pemasangan lampu yang diterima pada tahun-tahun sebelumnya terlalu sedikit berbanding 100,000 orang yang menetap di 13 kampung dalam kawasan Parlimen itu.

“Disebabkan ketika itu peruntukan unit pemasangan lampu jalan terhad, banyak kampung terutama di pedalaman lambat merasai kemudahan berkenaan. Apa yang kita lakukan adalah demi keselamatan mereka, terutama melalui lorong-lorong perumahan pada sebelah malam,” katanya.

Sementara itu, Ketua Kampung Banjar Ahmad Hulaimy Mohd Yusoff berkata kampungnya menerima 20 unit lampu jalan membabitkan pemasangan sepanjang 4 kilometer.

“Sudah pasti kami sangat mengalu-alukan projek ini dan berterima kasih kepada kerajaan kerana memberi keutamaan kepada rakyat melalui kemudahan infrastruktur,” katanya sambil menambah sebanyak 15 unit lampu jalan telah dipasang TNB pada tahun lepas.

Malah beliau akan terus memohon kepada pihak berwajib agar lebih banyak lampu jalan dipasang terutamanya di kawasan perumahan kampungnya yang bukan sahaja mengubah suasana menjadi ceria dan meriah, malah dapat mengurangkan kes kecurian.

Seorang penduduk Kampung Tebuk Banjar, Hasan Amden Sabri, 77, berkata kebanyakan jalan kampung tidak akan sepi dan gelap lagi berikutan kemudahan yang disediakan demi  keselamatan penduduk kampung, malah, mereka pastinya lebih selesa dan mudah bergerak ke sana sini pada waktu malam.

Beliau yang telah menetap lebih 70 tahun di kampung itu berkata pemasangan lampu jalan bagaikan rahmat kepadanya, terutama memudahkan beliau berulang alik ke surau pada sebelah malam.

“Dulu kalau nak melalui jalan ini pada sebelah malam, orang kampung mesti risau sebab takut disondol babi hutan, kadang-kadang ular sawa merentangi jalan, sedar-sedar dah terlanggar haiwan itu ekoran kawasan itu gelap,” katanya.

Walaupun kampungnya itu telah mendapat kemudahan elektrik sejak 1980, namun suasananya berterusan sepi pada waktu malam memandangkan hanya jalan utama dilengkapi lampu.

Kerajaan menerusi KKLW melaksanakan projek pemasangan lampu jalan kampung sejak 2003, menerusi program Bekalan Elektrik Luar Bandar dengan TNB sebagai agensi pelaksana projek. – BERNAMA

Tags: adunDatuk Mohd Azhar Jamaluddin
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Video Aliff Syukri Cium Anak Angkat Buat Netizen Sebak…

Next Post

Rombakan Kabinet Jepun & Barisan Kepemimpinan LDP

Related Posts

ADUN Sungai Bakap Meninggal Dunia

ADUN Sungai Bakap Meninggal Dunia

24/05/2024
0

BUTTERWORTH : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Bakap, Nor Zamri Latiff disahkan meninggal dunia selepas lebih tiga minggu menerima...

Dua ADUN Dilantik, Seorang Digugurkan Barisan Exco Baharu Perlis

Dua ADUN Dilantik, Seorang Digugurkan Barisan Exco Baharu Perlis

16/11/2023
0

ARAU - Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco), manakala seorang EXCO...

Next Post

Rombakan Kabinet Jepun & Barisan Kepemimpinan LDP

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd