• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sekolah K9 Akan Diperluas Pada Masa Depan – Chong

oleh Ahmad Albab
18/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

NILAI – Kementerian Pendidikan bercadang memperluas Sekolah Model Khas Komprehensif (Sekolah K9) pada masa depan susulan kejayaannya mengurangkan keciciran murid Orang Asli, kata Timbalan Menteri berkenaan Datuk Chong Sin Woon.

Katanya ini juga bagi memenuhi permintaan kaum itu sendiri yang melihat kesan positif sekolah K9.

Kerajaan sentiasa memandang serius masalah keciciran pendidikan dalam kalangan masyarakat Orang Asli, katanya kepada pemberita selepas Program Jalinan Kasih bersama Masyarakat Orang Asli Kampung Gebok di sini, hari ini.

Setakat ini, Sekolah K9 di Semenanjung ialah di Sekolah Kebangsaan (SK) Betau, Lipis dan SK Paloh Inai, Pekan di Pahang; SK Pos Kemar, Gerik, Perak; SK Bukit Kemandol, Kuala Langat, Selangor dan SK Seri Sedohok, Kluang, Johor.

Di Sarawak pula ialah SK Long Bedian, SK Long Lamo, SK Keyok, SK Long Jakitan, SK Long Lamin serta SK Lusong Laku manakala SK Pensiangan, SK Bawang, SK Sabur, SK Buis dan SK Menanam di Sabah.

Mengulas lanjut, Chong berkata selain itu kementerian juga melatih guru dalam kalangan Orang Asli bagi mendekati dan memperkasa murid kaum berkenaan.

“Kita tidak berhasrat mengubah Orang Asli ini menjadi seperti kita… kalau mereka biasa dengan kehidupan di kampung mereka, kita hormati cara mereka, tetapi kita mahu mereka mempunyai pendidikan yang sama seperti kita,” katanya.

Menerusi model K9, murid Orang Asli perlu menghabiskan masa sembilan tahun di sekolah sama bagi mengikuti pembelajaran bermula tahun satu hingga tingkatan tiga dengan asrama harian disediakan untuk mereka yang tinggal jauh dari sekolah.

Terdahulu, Chong menyampaikan sumbangan barangan dapur kepada 42 keluarga Orang Asli Kampung Gebok. – BERNAMA

Tags: Sekolah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pengasas YTL Tan Sri Yeoh Meninggal Dunia

Next Post

Daiyan Trisha Diganggu Peminat Gila Seks

Related Posts

‘Kes HIV Penuntut Universiti, Sekolah Makin Tinggi Angkara Aktiviti Seksual’ – Dr Zaiton

‘Kes HIV Penuntut Universiti, Sekolah Makin Tinggi Angkara Aktiviti Seksual’ – Dr Zaiton

26/04/2025
1

KUALA LUMPUR: Kes jangkitan HIV dalam kalangan penuntut universiti dan sekolah menunjukkan peningkatan dengan kebanyakan mereka menerima jangkitan akibat aktiviti...

Dua Beradik Maut Dalam Perjalanan Ke Sekolah

Dua Beradik Maut Dalam Perjalanan Ke Sekolah

21/03/2025
1

KLUANG: Dua beradik maut selepas motosikal ditunggang terlanggar lubang di Jalan Sengkang-Felda Inas-Bandar Tenggara dalam perjalanan ke sekolah, pagi tadi....

Next Post

Daiyan Trisha Diganggu Peminat Gila Seks

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd