• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sebutan Semula Kes Hasutan Teresa Kok Pada 7 Dis

oleh Ahmad Albab
02/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen di sini menetapkan 7 Dis untuk sebutan semula kes Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok Suh Sim yang didakwa mengikut Akta Hasutan 1948 berhubung video klip yang disiarkannya bersempena Tahun Baharu Cina, tahun lepas.

Hakim Nor Sharidah Awang menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya, Hamdan Hamzah memaklumkan pihaknya sedang menunggu keputusan kes hasutan yang dihadapi seorang pensyarah yang dirujuk ke Mahkamah Persekutuan.

“Alasan lain ialah rayuan Kok untuk memindahkan kesnya ke Mahkamah Tinggi juga belum selesai, jadi kita perlu menunggu kedua-dua keputusan itu terlebih dahulu,” katanya.

Hari ini ditetapkan untuk sebutan kes.

Pada 6 Mei tahun lepas, Kok yang juga Anggota Parlimen Seputeh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan menerbitkan satu klip video menghasut bertajuk ‘Teresa Kok ONEderful Malaysia CNY 2014’ yang disiarkan bersempena Tahun Baharu Cina pada Februari 2014.

Perbuatan itu didakwa dilakukan melalui laman Youtube di alamat 90-02-07 Apartmen Putra Ria, Jalan Bangsar di sini kira-kira pukul 9 pagi, 1 Feb 2014.

Dakwaan ke atasnya dibuat mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama. – BERNAMA

Tags: Akta HasutanTeresa Kok
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Jerebu: 8 Kawasan Catat IPU Tidak Sihat Setakat 9 Pagi

Next Post

Kamalanathan Nyata Hasrat Tanding Pemilihan MIC

Related Posts

Polis Cadangkan Hadi Dituduh Bawah Akta Hasutan

Polis Cadangkan Hadi Dituduh Bawah Akta Hasutan

04/09/2023
0

Polis akan mencadangkan Jabatan Peguam Negara (AGC) menuduh Presiden PAS Abdul Hadi Awang bawah Akta Hasutan dan Akta Komunikasi dan...

Ahli DAP Paloh Direman Tiga Hari Bawah Akta Hasutan

11/04/2022
0

Seorang ahli DAP bahagian Paloh ditahan di rumahnya lewat tengah malam tadi kerana didakwa menghasut melalui kiriman Facebook yang dibuat...

Next Post

Kamalanathan Nyata Hasrat Tanding Pemilihan MIC

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd