• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 15, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rogol Murid: Guru PJ Dijel 24 Tahun, 12 Sebatan

oleh AK-47
18/02/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang guru Pendidikan Jasmani hari ini dijatuhi hukuman penjara 24 tahun dan 12 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Selayang di sini selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan merogol muridnya.

Hakim Tasnim Abu Bakar menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Ezlie Azram Mohammad Khasasi, 38, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Tertuduh dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan enam sebatan bagi setiap pertuduhan dan mahkamah memerintahkan hukuman itu berjalan berasingan bermula hari ini.

Bagaimanapun mahkamah membenarkan permohonan peguam mewakili tertuduh, Dony Abdullah dan Farhan Read untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman itu sementara rayuan difail di Mahkamah Tinggi.

Mohd. Ezlie Azram yang juga seorang guru silat menghadapi dua pertuduhan merogol seorang muridnya yang ketika itu berusia 11 tahun pada 2011 dan sekali lagi sewaktu mangsa berusia 13 tahun pada 2013, di sebuah rumah di Selayang di sini.

Duda dua anak itu didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Wan Shahida Wan Omar memohon hukuman berat mengambil kira tindakan tertuduh yang sepatutnya memberi pendidikan dan perlindungan bukan mengambil kesempatan ke atas anak muridnya.

“Profesion perguruan adalah pekerjaan yang mulia dan disanjung tinggi, sebagai seorang guru dia tidak sewajarnya melakukan sedemikian,” katanya.

Bagaimanapun, Farhan Read merayu supaya anak guamnya dikenakan hukuman ringan dengan alasan dia mempunyai tanggungan dua orang anak bersama bekas isteri.

Sebanyak lima saksi pihak pendakwaan dan tiga saksi pihak pembelaan termasuk tertuduh dipanggil memberi keterangan pada perbicaraan yang bermula Oktober 2014 – BERNAMA

Tags: anak muridGurukes rogol
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PAS Jamin Himpunan RUU 355 Lancar & Aman

Next Post

Suami Isteri Ditetak Penagih Tegar Di Pendang

Related Posts

Derita 11 Tahun: Bapa Disyaki Rogol 2 Anak Sejak Umur 5, 6 Tahun

Derita 11 Tahun: Bapa Disyaki Rogol 2 Anak Sejak Umur 5, 6 Tahun

21/06/2025
0

BATU PAHAT: Seorang buruh kebun sawit direman tujuh hari kerana disyaki merogol dua anak perempuannya sejak 11 tahun lalu. Majistret...

Nahas Pelajar UPSI: Polis Tunggu Laporan Perubatan Guru Hina Mangsa

Nahas Pelajar UPSI: Polis Tunggu Laporan Perubatan Guru Hina Mangsa

19/06/2025
0

IPOH: Polis masih menunggu laporan perubatan daripada pihak hospital bagi melengkapkan siasatan kes guru memuat naik hantaran jelik berhubung kemalangan...

Next Post

Suami Isteri Ditetak Penagih Tegar Di Pendang

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd