• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rasuah Wajib Ditangani Secara Bersungguh

oleh Ahmad Albab
01/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sultan Perak Sultan Nazrin Shah bertitah rasuah wajib ditangani dengan kesungguhan oleh pelbagai agensi yang bertanggungjawab tanpa gentar dan pilih kasih.

Baginda bertitah, kegagalan memerangi dan membanteras rasuah secara serius serta komited, dikhuatiri berpotensi melumpuhkan negara dan rakyat secara keseluruhannya.

“Rasuah merupakan barah yang dikatakan sedang merebak dalam negara, rasuah bagaikan anai-anai yang sedang membusut besar dan semakin mereputkan tonggak-tonggak utama negara.

“Salah laku rasuah hendaklah dilaporkan tanpa memihak, tanpa gentar, tanpa berat sebelah kerana rasuah ialah rasuah walau siapa yang melakukannya,” titah baginda pada Majlis Anugerah Bisnes Utusan 2015 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, bonda Perdana Menteri Tun Rahah Mohammad Noah dan Pengerusi Kumpulan Utusan Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh.

Justeru, baginda mahu Kumpulan Utusan aktif membantu membina sebuah pentadbiran dan negara bangsa yang sifar rasuah.

Titah baginda semua warga harus diasuh dengan budaya benci rasuah dan menolak pemimpin yang melakukannya, serta dididik untuk memandang rasuah sebagai budaya yang jijik dan negatif.

“Memerangi rasuah hendaklah dijadikan perjuangan, satu jihad kerana menjadi tanggungjawab fardu kifayah dan tanggungjawab kenegaraan untuk setiap warga memelihara negara daripada terjerumus ke lembah kehinaan,” titah baginda.

Sultan Nazrin Shah juga bertitah Anugerah Bisnes Utusan yang julung kali diadakan perlu berperanan sebagai penanda aras untuk mendorong dan mengalakkan syarikat-syarikat menjunjung prinsip perniagaan yang beretika dan bermoral tinggi.

Ini termasuk mengamalkan budaya niaga secara tulus, telus, jujur dan benar serta budaya yang memberi perhatian kepada alam sekitar, kebajikan pekerja, kemajuan kerjaya dan latihan serta program tanggungjawab sosial kepada masyarakat, titah baginda.

Baginda bertitah anugerah berkenaan juga seharusnya memberi penekanan kepada aspek amalan yang menghormati prinsip dan etika urus niaga murni, undang-undang dan tidak meraih keuntungan besar secara menipu.

Titah baginda, Malaysia telah diiktiraf di peringkat antarabangsa, dihormati sebagai sebuah negara contoh dan menjadi pilihan kerana sifat mesra pelabur sepertimana direkodkan Laporan Bank Dunia 2016 yang meletakkan Malaysia dalam kalangan 20 negara yang mesra menjalankan perniagaan.

Dalam laporan sama, Malaysia juga berada di tangga ke-18 daripada 189 negara dari segi ranking kemudahan menjalankan perniagaan.

Sultan Nazrin Shah bertitah Kumpulan Utusan dan akhbar utama penerbitannya, Utusan Malaysia, semakin dijenamakan sebagai rasis, sengaja digembar-gemburkan oleh pihak yang mempunyai agenda serta menghapuskan persetujuan kontrak sosial yang dicapai pendukung utama ketika memformulasikan dasar utama untuk membentuk sebuah negara merdeka.

Namun, titah baginda, kriteria dan senarai penerima anugerah yang disampaikan hari ini, membuktikan Kumpulan Utusan sebagai organisasi yang menghayati semangat 1Malaysia dan bukannya sebuah organisasi yang mengamalkan fahaman rasis.

“Kelantangan Utusan menyuarakan isu-isu berkaitan Melayu selama hari ini bukan perkara baharu.

“Kelantangan tersebut adalah satu penerusan dasar yang menjadi asas pegangan sejak penubuhannya,” titah baginda sambil menambah, peranan itu tidak bermaksud Utusan bersikap memusuhi kaum lain. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]zkR0Ogr_rF4[/wpdevart_youtube]

Tags: rasuah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Denggi: Terengganu Catat 11 Kematian Setakat Ini

Next Post

Perlis Fatwakan Pencemaran Alam Sekitar Haram

Related Posts

Rasuah RM200,000: Ahli Perniagaan, ADUN Bergelar Datuk Selesai Beri Keterangan

Rasuah RM200,000: Ahli Perniagaan, ADUN Bergelar Datuk Selesai Beri Keterangan

18/06/2025
0

Kuala Lumpur: Dua individu bergelar datuk termasuk seorang ahli dewan undangan negeri (ADUN) yang disyaki meminta dan menerima rasuah berjumlah...

Rasuah Lebuh Raya: SPRM Guna Pasukan Taktikal, Syak Wujud Bilik Rahsia Simpan Senjata Di Kediaman Tan Sri

Rasuah Lebuh Raya: SPRM Guna Pasukan Taktikal, Syak Wujud Bilik Rahsia Simpan Senjata Di Kediaman Tan Sri

12/06/2025
0

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggunakan bantuan anggota pasukan taktikal Anti Corruption Tactical Squad (ACTS) dalam proses merakam...

Next Post

Perlis Fatwakan Pencemaran Alam Sekitar Haram

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd