Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Thailand Percepat Bangun Kemudahan...

SONGKHLA (Selatan Thailand) - Kerajaan Thailand akan mempercepatkan pembangunan di sempadan negara itu...

Loji Rawatan Air Pokok...

POKOK SENA – Loji Rawatan Air Pokok Sena dijangka beroperasi sepenuhnya bulan depan...

GST, Gaji Minimum Ikut...

PETALING JAYA : Dengan ketidaktentuan ekonomi negara dan nilai ringgit yang lemah, pelaksanaan...

Menyamar Doktor, Warga Emas...

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki warga emas didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di...

Rakyat Malaysia Maut Terjatuh Dari Hotel Di Hatyai

HATYAI – Seorang lelaki rakyat Malaysia maut dipercayai terjatuh dari tingkat lapan sebuah hotel di bandar ini yang terletak berhampiran sempadan Malaysia-Thailand.

Ketua Bahagian Siasatan Polis Hatyai Kol Warodom Kongsuwannakhiri berkata, mayat lelaki dikenali Kong Soon Keong, 29, ditemukan di tingkat dua premis perniagaan yang terletak berhampiran dengan hotel itu kira-kira 9 pagi tadi (waktu tempatan).

“Hasil siasatan mendapati lelaki itu keluar berhibur di sebuah restoran berhampiran malam tadi dan pulang ke hotel kira-kira 1 pagi tadi,” katanya hari ini dan menambah, mangsa berasal dari Kuala Lumpur.

Polis percaya mangsa terjatuh dari bilik yang didiaminya bersama empat rakan lelakinya yang lain. Polis bagaimanapun akan meneruskan siasatan berhubung kejadian itu.

Warodom berkata, terdapat kesan kecederaan di badan mangsa.


Beliau berkata, mangsa bersama 15 rakannya telah mendaftar masuk untuk menginap di hotel berkenaan semalam dengan menyewa lima bilik. Mayat mangsa kini berada di hospital berdekatan untuk proses bedah siasat. – BERNAMA

Kategori