Saturday, November 9, 2024

Creating liberating content

Lelaki Terlibat Pecah Kenderaan...

BUKIT MERTAJAM - Polis menahan seorang lelaki dan memburu rakannya kerana terlibat kegiatan...

Ringgit Diniaga Lebih Tinggi...

Nilai ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS pagi ini, walaupun pasaran masih...

Cerita Di Sebalik RM...

KETIKA artikel ini baharu ditulis pada 26 Ogos, kejatuhan Ringgit Malaysia (RM) sudah...

Mungkin Powell Ganti Haley...

WASHINGTON - Presiden Donald Trump berkata, beliau ada bercakap dengan eksekutif Goldman Sachs,...

Loji Rawatan Air Pokok Sena Dijangka Operasi November

POKOK SENA – Loji Rawatan Air Pokok Sena dijangka beroperasi sepenuhnya bulan depan dan mampu menyelesaikan masalah bekalan air kepada lebih 63,000 penduduk di daerah ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga negeri, Datuk Badrol Hisham Hashim berkata, setakat ini projek itu siap 99 peratus dan melalui fasa percubaan sejak projek itu bermula pada 2015.

Katanya, loji terbabit juga mampu menyelesaikan masalah gangguan bekalan air di beberapa kawasan di utara Pendang dan sebahagian di Padang Terap khususnya di lokasi yang sering mengalami masalah tekanan air rendah.

“Tarikh siap asal projek ini ialah pada 15 November dan kini kita sedang melalui proses percubaan dan kita yakin kemudahan ini dapat disalurkan kepada rakyat dalam masa terdekat.

“Dengan adanya loji ini, kawasan ‘hot spot’ yang sering bermasalah di Kampung Bukit dan Kampung Panchor dapat diselesaikan, ” katanya kepada pemberita ketika mengadakan lawatan di loji rawatan air bekenaan di sini, hari ini.

Projek yang menelan kos RM68 juta itu berkeluasan 2.2 hektar dan mampu menghasilkan 30 juta liter air sehari.

Sehingga kini, terdapat 13,000 jumlah akaun penduduk di Pokok Sena dengan penggunaan semasa 22,000 kubik meter sehari.


Sebelum ini, penduduk di Pokok Sena mendapat bekalan air melalui Loji Rawatan Air Bukit Pinang yang tidak mencukupi.

Badrol berkata, selepas ini loji di Bukit Pinang akan digunakan bagi menampung penggunaan penduduk di Alor Setar bagi mengatasi gangguan air di daerah itu.

“Apa yang kita lakukan ini adalah berpaksikan kepada akujanji Barisan Nasional (BN) untuk berbakti pada rakyat dan bukan hanya sekadar cakap kosong, ” katanya.

Katanya, selain Loji Rawatan Pokok Sena, beberapa loji air lain sedang dinaik taraf untuk meningkatkan keupayaan pembekalan air kepada rakyat negeri ini yang kian meningkat. – BERNAMA

Kategori