• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tahan Pengedar Dadah Syabu & Heroin

oleh AK-47
10/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ROMPIN – Polis  menahan seorang lelaki dan merampas sejumlah dadah jenis heroin dan syabu dalam satu pemeriksaan yang dijalankan di tepi Pantai Kuala Pontian, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Rompin DSP Azli Mohd Noor berkata dalam kejadian pada pukul 11 pagi itu, suspek berusia 37 tahun, ketika itu sedang menaiki sebuah motosikal sebelum diarahkan berhenti oleh sepasukan anggota polis yang diketuai oleh Insp Mohd Azrul Nizam Zainudin bagi tujuan pemeriksaan.

“Suspek telah bertindak melarikan diri dengan memecut motosikal hingga terjatuh atas pasir pantai sebelum berlari ke arah hutan berhampiran di tepi pantai berkenaan.

Dia bagaimanapun berjaya ditahan setelah berlaku pergelutan dan semasa pemeriksaan badan dilakukan tiada ada barang salah yang ditemui,” katanya.

Hasil pemeriksaan lanjut dilakukan ke atas beg pinggang milik suspek di sebelah motosikal yang terjatuh itu, polis berjaya menemui dua bungkusan dadah yang mengandungi heroin seberat 31.29 gram dan syabu seberat 6.2 gram yang kesemuanya dianggar bernilai RM2,000

Katanya selain itu polis turut merampas wang tunai pelbagai wang kertas berjumlah RM1,011 dan siasatan awal mendapati suspek mendapat bekalan bahan terlarang itu diperoleh daripada seorang lelaki digelar ‘Panjang’ di Endau, Johor untuk diedarkan kepada pelanggan sekitar kawasan.

“Suspek yang disahkan positif dadah turut mempunyai rekod lampau membabitkan kes dadah Seksyen 12(2) dan Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Azli berkata, suspek ditahan reman selama seminggu untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 39B, Seksyen 39A (1) dan Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, katanya.

– BERNAMA

Tags: dadahDSP Azli Mohd NoorheroinSyabu
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ibu Bapa Tolak Vaksin Wajib Baca Kisah ‘Tragik’ Ni…

Next Post

Kapal TLDM Digerakkan Sertai Ops Padu

Related Posts

Warga Emas Antara Ditahan Menerusi Ops Tapis Khas Selangor

Warga Emas Antara Ditahan Menerusi Ops Tapis Khas Selangor

10/05/2025
0

Shah Alam: Remaja 16 tahun dan warga emas antara 169 individu ditahan menerusi Ops Tapis Khas Selangor di lokasi yang...

Polis Gagalkan Cubaan Seludup Syabu RM1.06 Bilion Ke Australia

Polis Gagalkan Cubaan Seludup Syabu RM1.06 Bilion Ke Australia

21/03/2025
0

PELABUHAN KLANG: Polis menggagalkan cubaan sindiket pengedaran dadah antarabangsa selepas merampas 33,200 kilogram (kg) dadah jenis syabu dianggarkan bernilai RM1.062...

Next Post

Kapal TLDM Digerakkan Sertai Ops Padu

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd