Saturday, April 27, 2024

Creating liberating content

Agong, Permaisuri Cemar Duli...

SUBANG – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja...

Jerebu: Pesawat APMM Lakukan...

PUTRAJAYA - Pesawat Bombardier CL 415 milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang...

SRC: Najib Pilih Beri...

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang diperintah...

Mahkamah: Pesakit Mental Didakwa...

KAJANG - Seorang pesakit mental dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini...

PIIACUF Platform Terbaik Tampilkan Keindahan Islam

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melihat penganjuran Festival Kesenian dan Kebudayaan Islam Antarabangsa Putrajaya 2014 (PIIACUF) sebagai platform terbaik untuk menunjukkan keindahan dan kedamaian Islam kepada dunia.

Beliau berkata kebudayaan Islam sewajarnya ditonjolkan agar ia dapat difahami sebagai agama yang mampu memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat.

“Bagaimanapun, ada beberapa puak yang telah menyalahtafsirkan Islam sehingga wujudnya Islamofobia, dan menyebabkan orang melihat Islam itu ganas dan zalim,” kata beliau ketika merasmikan PIIACUF di sini, hari ini.

Beliau berkata Islamofobia tercetus disebabkan oleh orang yang tidak mengamalkan ajaran agama itu dengan betul.

Sementara itu, Najib mengucapkan terima kasih kepada peserta-peserta dari negara-negara Islam termasuk dari Kyrgyzstan, Palestin dan Mesir kerana menyokong festival itu.


Najib berkata penganjuran festival itu di pusat pentadbiran negara, Putrajaya, juga dapat menampilkan simbol Islam menerusi senibina bangunan-bangunan yang terdapat di kawasan ini.

Perdana menteri kemudian melawat tapak pameran sempena PIIACUF yang antaranya mempamerkan busana Islam, produk kesihatan Halal dan hasil kesenian Islam.

Festival empat hari itu, yang bermula semalam, bertemakan “Kejaiban Dunia Islam”.

Ia diserikan dengan 200 program dan aktiviti dan dijangka mampu menarik lebih 250,000 pengunjung. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori