Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Demam ‘Watch Me Whip,...

LAGU-lagu yang berentak catchy pastinya pantas meraih perhatian peminat-peminat dari seluruh dunia.Yang terbaharu...

Misi Chef Rinrin Perkenalkan...

NAMANYA mungkin agak asing berbanding selebriti lain kelahiran negaranya, namun peminat program makanan pasti...

Polis Tahan Lelaki, Kesan...

BUKIT MERTAJAM - Polis menahan seorang lelaki dan sedang mengesan empat lagi rakannya...

Menteri Rayu Keputusan Mahkamah...

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Liew Vui Keong memfailkan rayuan...

Perubahan PAC Bukti Kerajaan PH Usaha Perbetul Pentadbiran Negara

KUALA LUMPUR – Pelantikan seorang anggota pembangkang sebagai pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) merupakan satu perubahan besar yang dilaksanakan kerajaan Pakatan Harapan dalam usaha mengubah cara pentadbiran negara.

Menteri Pertahanan Mohamad Sabu berkata langkah berani kerajaan ini juga bermakna semua perjalanan dan perbelanjaan kerajaan kini berada di bawah pengawasan dan pemeriksaan pembangkang.

“Kita berani memberikan kerajaan kita diperiksa oleh pembangkang. Dulu skandal 1MDB disembunyikan, tak boleh cakap dalam Parlimen.

“Dalam penglibatan saya dalam politik lebih 40 tahun, ini perubahan besar yang dilakukan oleh kerajaan. Sekarang Tun M (Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad) tak boleh bagi tahu pengerusi PAC, jangan dedah. Bagi pembangkang lagi ada salah laku, lagi suka dia nak dedah,” katanya pada ceramah Pakatan Harapan pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong di Bandar Tun Hussein Onn dekat sini, malam ini.

Pelantikan anggota pembangkang sebagai pengerusi PAC merupakan satu daripada manifesto pilihan raya umum Pakatan Harapan yang telah dilaksanakan, dengan bekas timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Seri Ronald Kiandee dilantik ke jawatan itu bulan lalu.

Beliau turut mencabar kerajaan negeri Pahang dan Kelantan untuk melantik pembangkang menjadi pengerusi PAC negeri masing-masing.

Mohamad yang terkenal dengan panggilan Mat Sabu berkata perubahan besar lain yang telah dilaksanakan kerajaan sejak mengambil alih pentadbiran Mei lepas ialah mewajibkan perdana menteri, timbalan perdana menteri serta semua menteri dan timbalan menteri mengisytiharkan harta kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.


Dalam pada itu, Mohamad berkata pemimpin dan jentera kerajaan hari ini akan berusaha untuk memperbetulkan salah laku yang dilakukan pentadbiran sebelum ini.

“Banyak kelemahan kita cuba perbaiki. Kita bukan perfect tapi saya yakin semua pegawai kerajaan sekarang ini juga berazam bersama kita.

“Kita akan berusaha untuk meletakkan kembali Malaysia pada tahap yang cukup baik pada masa yang akan datang,” katanya.

PRK DUN Balakong pada 8 Sept ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Pakatan Harapan Wong Siew Ki dan calon MCA Tan Chee Teong. – BERNAMA

Kategori