• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PKNS FC, Felda United Tempah Slot Ke Suku Akhir

oleh
02/09/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – PKNS FC dan Felda United menempah tiket ke suku akhir saingan Piala Malaysia 2018 selepas menumpaskan lawan masing-masing dalam perlawanan kelima kumpulan B, malam ini.

Felda United yang berkongsi 10 mata dengan PKNS FC kini mendahului kumpulan B dengan kelebihan jaringan diikuti Melaka United di tangga ketiga dengan enam mata.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) berada di tangga keempat terkeluar daripada saingan dengan punggutan satu mata.

PKNS FC mencatat kemenangan 2-1 menewaskan Melaka United menerusi dua jaringan oleh pemain import iaitu Romel Oswaldo Morales Ramirez pada minit ke- 23 dan Rafael Ramazotti de Quadro mengesahakan kemenangan pasukan pada minit ke-66 di Stadium Shah Alam, malam ini.

Melaka United meraih gol tunggal menerusi pemain tengah, Syahrul Azwari Ibrahim pada minit ke-54.

Dalam satu lagi perlawanan kumpulan B, Felda United menewaskan PDRM 2-0 meskipun perlawanan kelihatan agak perlahan tanpa banyak gerakan berbahaya pada awal permainan.

Gol pertama Felda United dihasilkan oleh Thiago Augusto Fernandez hasil sepakan percuma pada minit ke-66 diikuti tandukan cantik Gilberto Valdenesio Fortunato menambah derita PDRM pada minit ke-90 perlawanan di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, Pahang.

Dalam perlawanan kumpulan D pula, kelebihan beraksi di gelanggang sendiri gagal dimanfaatkan Pahang yang tewas 1-3 kepada Selangor di Stadium Darul Makmur.

Selangor mula mengejutkan tuan rumah melalui gol pembukaan seawal minit ketujuh hasil jaringan pemain import Rufino Segovia Del Burgo dalam kotak penalti.

Sepakan percuma yang diambil pemain Pahang, Muhamad Safuwan Baharudin berjaya menghasilkan gol penyaman pada minit ke-30 namun kedudukan itu tidak bertahan lama apabila pemain import Selangor, Willian Silva Costa Pacheco menjaringkn gol pada minit ke-47 sebelum Sarkunan Krishnansamy melengkapkan kemenangan pasukan bimbingan Dollah Salleh pada minit ke-90.

Kemenangan itu bagaimana pun tidak dapat membantu Selangor untuk kekal dalam saingan ke suku akhir kerana pasukan itu kini hanya mengumpul tiga mata selepas lima perlawanan. – BERNAMA

Tags: Piala Malaysia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Buat Lagi, Layak Ke Final Piala Malaysia Kali Keenam

JDT Buat Lagi, Layak Ke Final Piala Malaysia Kali Keenam

09/04/2026
0

JDT nampaknya sekali lagi 'buat benda yang sama' layak ke final Piala Malaysia untuk kali keenam berturut-turut sejak 2019. Penampilan...

JDT ‘Tapau’ KL City 4-0, Sebelah Kaki Ke Final Piala Malaysia 2025/26

JDT ‘Tapau’ KL City 4-0, Sebelah Kaki Ke Final Piala Malaysia 2025/26

03/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Johor Darul Ta’zim (JDT) hampir pasti menempah tiket ke pentas akhir Piala Malaysia 2025/26 selepas membelasah Kuala...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd