• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Permaisuri Johor Tawar Bantu Pelajar Hadapi Kejatuhan Ringgit

oleh Ahmad Albab
23/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BARU-BARU ini, Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Ibni Almarhum Sultan Idris Shah menyuarakan hasrat untuk membantu pelajar Malaysia yang menuntut di luar negara dalam menghadapi beban kejatuhan nilai matawang Ringgit Malaysia.

Namun demikian, menerusi status yang dimuat dalam laman sosial Facebook, Baginda menjelaskan bahawa inisiatif tersebut bukanlah bersumberkan Yayasan Raja Zarith Sofiah yang ditubuhkan pada 2012, tetapi dari bantuan berasingan.

Untitled
Petikan status di laman Facebook Raja Zarith Sofiah

“Saya ingin menjelaskan bahawa Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor telah ditubuhkan pada 2012 dengan objektif tertentu, dan bukanlah diwujudkan untuk membantu pelajar yang menghadapi masalah kewangan.

“Inisiatif berasingan akan ditubuhkan untuk membantu masalah kewangan pelajar yang menuntut di luar negara.”

Menurut Baginda, penubuhan yayasan berkenaan merupakan usaha membantu aktiviti pendidikan di dalam dan luar negara dari segi pemahaman terhadap Islam dalam masyarakat secara general.

Sementara itu, menerusi kemas kini status terbaru, Baginda menyatakan bahawa bantuan terhadap pelajar luar negara yang menghadapi masalah kewangan dilancarkan dan sedia untuk dimohon individu-individu yang layak.

Untitled

“Lanjutan dari penjelasan sebelum ini, ingin kami umumkan pelancaran ‘Inisiatif Bantuan Kewangan Pendidikan Raja Zarith Sofiah’ untuk memberi bantuan kewangan terhadap pelajar Malaysia di luar negara terutamanya di AS dan UK.”

Selain itu, Baginda turut menjemput syarikat serta individu perseorangan yang berkeinginan untuk menyumbang agar mendepositkan dana di akaun rasmi bantuan tersebut.

Berita tentang usaha murni Raja Zarith Sofiah mendapat perhatian baru-baru ini setelah Baginda meluahkan simpatinya terhadap beban yang ditanggung pelajar luar negara terhadap trend kejatuhan nilai Ringgit.

Lantas, ramai yang memuji tindakan Baginda yang berhasrat membantu mereka yang memerlukan bagi meneruskan usaha menimba ilmu. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: IZZAT MOHD ANUAR

Raja Zarith Sofiah Lawat Mangsa Banjir

Tags: JohorpelajarPermaisuri AgongringgitSultan Johor
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Perangkap Untuk Ahli Parlimen BN?

Next Post

DAP Mahu Azmin Kaji Semula Kewajaran DEIG!

Related Posts

Kes Bunuh Pelajar Di Cyberjaya Cetus Kemarahan Warganet

Kes Bunuh Pelajar Di Cyberjaya Cetus Kemarahan Warganet

26/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Kes pembunuhan seorang pelajar universiti di Cyberjaya mencetuskan kemarahan orang ramai di media sosial, dengan majoriti warganet mempersoalkan...

Johor Rekod 12 Kes Mahasiswa Positif HIV Tahun Lalu

Johor Rekod 12 Kes Mahasiswa Positif HIV Tahun Lalu

26/05/2025
0

ISKANDAR PUTERI: Sejumlah 12 kes membabitkan mahasiswa disahkan menghidap HIV direkodkan di Johor tahun lalu, meningkat dua kes berbanding 2023....

Next Post

DAP Mahu Azmin Kaji Semula Kewajaran DEIG!

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd