Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kuota Haji Tambahan: TH...

PUTRAJAYA - Lembaga Tabung Haji (TH) masih menunggu keputusan daripada kerajaan Arab Saudi...

72 Maut, 30 Hilang...

HANOI - Insiden tanah runtuh dan banjir akibat hujan lebat minggu lepas di...

Kebakaran Tahfiz: Rayuan Pemuda...

PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan menjadualkan semula kepada 21 Mac depan, bagi mendengar rayuan...

UTC Tutup Tiga Hari...

KUALA LUMPUR - Pusat Transformasi Bandar (UTC) di seluruh negara akan ditutup sementara...

Op Larangan Merokok: 172 Notis Dikeluarkan Di Pantai Batu Buruk

KUALA TERENGGANU – Jabatan Kesihatan Negeri mengeluarkan 172 notis kesalahan merokok dengan kompaun bernilai RM43,000 menerusi operasi khas di kawasan Terengganu Bebas Asap Rokok (TBAR) di Pantai Batu Buruk, di sini.

Ketua Penolong Pengarah Unit Inspektorat dan Perundangannya Mohamad Jaafar berkata operasi dua hari sejak Ahad lepas itu disertai 97 anggota penguat kuasa kesihatan dari lapan daerah termasuk bantuan sembilan anggota polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu.

“Hasil operasi di kawasan itu mendapati masih ramai orang awam yang berdegil dan enggan mematuhi peraturan yang dikuat kuasa walaupun telah banyak notis larangan merokok dipasang di kawasan itu.

“Paling menyedihkan kami apabila mendapati banyak puntung dan kotak rokok bersepah di depan papan tanda larangan yang besar di sekitar kawasan ini, seolah-olah perokok ini memang sengaja tidak mempedulikan larangan itu,” katanya kepada Bernama hari ini.

Operasi bermula 10 pagi hingga 9 malam itu tertumpu di kawasan Medan Selera Pusat Kolam Renang, Medan Selera Batu Burok, Medan Selera Laluan Pantai Batu Buruk dan kawasan pentas utama Batu Buruk.


Sementara itu, Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu Dr Mohammad Omar berkata Batu Buruk adalah kawasan pertama di negeri ini yang diwartakan sebagai lokasi TBAR pada 13 Julai 2017 mengikut Seksyen 22 Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004.

Ia melibatkan kawasan seluas 48.85 hektar iaitu Jalan Haji Busu yang bermula dari Istana Al Muktafi Billah Shah hingga ke Mayang Village, persimpangan lampu isyarat kediaman Menteri Besar bermula Jalan Sultan Mahmud hingga ke persimpangan Warung Pak Maidin.

“Larangan itu juga merangkumi Taman Rekreasi Pantai Batu Burok dan Medan Selera 1, Jalan Persinggahan iaitu di Pentas Budaya hingga ke bulatan Restoran A&W seterusnya pesisir pantai hingga ke Masjid Al Muktafi Billah, Jalan Kelab Kerajaan bermula dari stadium hoki Kuala Terengganu hingga ke Kompleks Renang Kuala Terengganu,” katanya. – BERNAMA

Kategori