Sunday, December 8, 2024

Creating liberating content

Pengawal Keselamatan Didakwa Rogol...

KOTA BHARU - Seorang pengawal keselamatan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, pada...

Bubar DUN Atau Buang...

NAMPAKNYA seperti kaduk sudah naik junjung. DAP Selangor dilaporkan 'mengugut' Menteri Besar Selangor, Mohamed...

Pihak Muzik Muzik Sedia...

PIHAK produksi Muzik Muzik kini bersedia duduk semeja dengan penyanyi Ayda Jebat untuk...

Pertempuran Sengit Rebut Kawasan...

ALEPPO - Pertempuran sengit berlaku di sebuah kawasan utama di Aleppo dengan pejuang...

Op Larangan Merokok: 172 Notis Dikeluarkan Di Pantai Batu Buruk

KUALA TERENGGANU – Jabatan Kesihatan Negeri mengeluarkan 172 notis kesalahan merokok dengan kompaun bernilai RM43,000 menerusi operasi khas di kawasan Terengganu Bebas Asap Rokok (TBAR) di Pantai Batu Buruk, di sini.

Ketua Penolong Pengarah Unit Inspektorat dan Perundangannya Mohamad Jaafar berkata operasi dua hari sejak Ahad lepas itu disertai 97 anggota penguat kuasa kesihatan dari lapan daerah termasuk bantuan sembilan anggota polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu.

“Hasil operasi di kawasan itu mendapati masih ramai orang awam yang berdegil dan enggan mematuhi peraturan yang dikuat kuasa walaupun telah banyak notis larangan merokok dipasang di kawasan itu.

“Paling menyedihkan kami apabila mendapati banyak puntung dan kotak rokok bersepah di depan papan tanda larangan yang besar di sekitar kawasan ini, seolah-olah perokok ini memang sengaja tidak mempedulikan larangan itu,” katanya kepada Bernama hari ini.

Operasi bermula 10 pagi hingga 9 malam itu tertumpu di kawasan Medan Selera Pusat Kolam Renang, Medan Selera Batu Burok, Medan Selera Laluan Pantai Batu Buruk dan kawasan pentas utama Batu Buruk.


Sementara itu, Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu Dr Mohammad Omar berkata Batu Buruk adalah kawasan pertama di negeri ini yang diwartakan sebagai lokasi TBAR pada 13 Julai 2017 mengikut Seksyen 22 Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004.

Ia melibatkan kawasan seluas 48.85 hektar iaitu Jalan Haji Busu yang bermula dari Istana Al Muktafi Billah Shah hingga ke Mayang Village, persimpangan lampu isyarat kediaman Menteri Besar bermula Jalan Sultan Mahmud hingga ke persimpangan Warung Pak Maidin.

“Larangan itu juga merangkumi Taman Rekreasi Pantai Batu Burok dan Medan Selera 1, Jalan Persinggahan iaitu di Pentas Budaya hingga ke bulatan Restoran A&W seterusnya pesisir pantai hingga ke Masjid Al Muktafi Billah, Jalan Kelab Kerajaan bermula dari stadium hoki Kuala Terengganu hingga ke Kompleks Renang Kuala Terengganu,” katanya. – BERNAMA

Kategori