• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Negara Berhadapan Ancaman! – KDN

oleh Ahmad Albab
05/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) menegaskan negara sedang berhadapan dengan ancaman pihak yang cuba melemahkan keyakinan terhadap ekonomi dan kerajaan Malaysia sejak sebulan lalu.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, usaha itu dilakukan hanya dengan menggunakan data yang dicuri oleh seorang individu yang telah pun ditahan bagi cubaan memeras ugut.

“Pelbagai laporan media didapati memetik data dokumen tidak disahkan itu. Adakah ia sahih ? Adakah ia wujud ? Siapakah para penyiasat yang kononnya tidak dinamakan mengesan pergerakan wang itu?

“Firma keselamatan siber antarabangsa Protection Group International (PGI) yang mengesahkan kecurian itu memberitahu maklumat yang diterbitkan berdasarkan data itu dianggap tidak selamat dan tidak boleh dipercayai.

“Kelihatan ada usaha untuk melemahkan keyakinan terhadap ekonomi Malaysia dan kerajaannya yang dipilih secara demoktratik (menggunakan data palsu). Ini boleh menjadi ancaman kepada keselamatan negara,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Justeru, katanya, dakwaan dan sindiran yang dilakukan ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berasakan sumber itu adalah kewartawanan yang tidak bertanggungjawab dan merupakan kesalahan jenayah tanpa sempadan.

Sehubungan itu, katanya, KDN dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan teragak-agak untuk menggunakan sepenuhnya peruntukan undang-undangan yang ada bagi menentang mereka yang cuba memudaratkan ekonomi Malaysia dan proses demokrasi negara ini.

Baru-baru ini, beberapa pihak dalam negara menggesa pihak berkuasa mendakwa organisasi media seperti The Edge dan portal propembangkang, The Malaysian Insider (TMI) kerana menyiarkan berita bersifat fitnah tentang syarikat pelaburan strategik negara 1MDB dengan menggunakan dokumen palsu itu.

Mereka mahu tindakan tegas diambil kerana siasatan PGI menunjukkan dokumen yang didedahkan oleh media terbabit berkaitan IMDB telah diubah dan terbukti tidak boleh dipercayai.

Ia berikutan kejayaan polis Thailand menahan seorang bekas pegawai PetroSaudi, Xavier Andre Justo, 49, atas tuduhan cuba memeras ugut syarikat berkenaan yang pernah menjalin kerjasama dengan 1MDB.

Siasatan polis Thailand mendapati Justo berdendam dengan bekas majikannya kerana tidak mendapat wang berjumlah RM15 juta daripada PetroSaudi.

Dia bertindak membocorkan maklumat termasuk menokok tambah sebahagian maklumat kepada syarikat pesaing dan pihak lain melalui e-mel.

Bagaimanapun wartawan propembangkang mengambil kesempatan menggunakan maklumat itu sebagai laporan berita untuk memburuk-burukkan kerajaan dan Perdana Menteri. – Mynewshub.cc

Tags: Zahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Gadis Tergamam, KJ Tolong Angkat Beg Dalam Kapal Terbang

Next Post

Nurul Izzah Sambut Baik Gabungan Baru Parti Pembangkang

Related Posts

Kes Rasuah ADUN Sabah: UMNO Beri Kepercayaan Kepada SPRM – Zahid

Kes Rasuah ADUN Sabah: UMNO Beri Kepercayaan Kepada SPRM – Zahid

24/06/2025
0

KOTA KINABALU: UMNO memberikan kepercayaan penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mengendalikan kes dua Ahli Dewan Undangan Negeri...

BN, PH Bentuk Kerjasama Antara Parti Pusat, Negeri Hadapi PRN Sabah – Zahid Hamidi

BN, PH Bentuk Kerjasama Antara Parti Pusat, Negeri Hadapi PRN Sabah – Zahid Hamidi

11/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Gabungan parti dalam kerajaan MADANI, khususnya Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH), perlu disertai dengan kerjasama erat...

Next Post

Nurul Izzah Sambut Baik Gabungan Baru Parti Pembangkang

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd