• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, April 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Minuman Keras Harga Murah Kegemaran Di Nepal

oleh
19/09/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Minuman keras yang berharga murah merupakan antara minuman kegemaran warga Nepal kerana kadar kandungan alkoholnya adalah rendah.

Menurut seorang warga Nepal, Balikar Lador, 34, bagaimanapun setakat ini beliau tidak pernah mendengar berita terdapat individu yang minum minuman keras berharga murah mengalami keracunan atau meninggal dunia seperti insiden keracunan alkohol yang berlaku baru-baru ini.

“Ramai orang Nepal yang beli arak murah antaranya yang berharga RM7.50 tetapi tidak pernah terjadi kes keracunan sehingga mati macam ini.

“Saya terperanjat kerana kadar alkoholnya saya rasa agak rendah, tidak mungkin sampai boleh membawa maut, oleh itu mungkin minuman keras itu sudah tercemar,” katanya kepada pemberita di Hospital Sungai Buloh di sini hari ini.

Balikar bersama rakan senegaranya, Santos Basnet, 30, berada di hospital itu bagi mencari rakan mereka, Bhesh Kumar Karki yang dipercayai mati akibat keracunan metanol dalam minuman keras, di beberapa hospital sejak pagi tadi.

Santos berkata beliau dimaklumkan oleh keluarga rakan mangsa yang berada di Nepal bahawa mangsa tidak dapat dihubungi dan mengesyaki Bhesh Kumar antara yang meninggal dunia akibat keracunan alkohol.

“Mereka (keluarga mangsa) menghantar mesej beritahu rakan saya Bhesh Kumar adalah antara yang terlibat dalam keracunan arak, kira-kira jam 8 pagi tadi.

“Selepas dengar berita itu, saya terus bergegas ke hospital untuk cari kawan saya sama ada dia masih dirawat atau sudah mati,” katanya yang ditemui ditemui di hospital berkenaan.

Setakat ini, Kementerian Kesihatan mengesahkan 19 mangsa maut, 14 dalam keadaan kritikal dan sembilan dimasukkan ke wad untuk rawatan serta pemerhatian akibat keracunan metanol dalam minuman keras di Selangor dan Kuala Lumpur. – BERNAMA

Tags: alkoholarak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

Cadang Pinda Akta, Bayaran Ganti Rugi Kepada Keluarga Mangsa – Anthony Loke

Cadang Pinda Akta, Bayaran Ganti Rugi Kepada Keluarga Mangsa – Anthony Loke

30/03/2026
0

PUTRAJAYA - Kementerian Pengangkutan (MOT) sedang merangka cadangan pindaan lanjut terhadap Akta Pengangkutan Jalan 1987 berhubung tindakan lain boleh dikenakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd