• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Chegubard, Adam Adli, M.Safwan & 7 Individu Didenda

oleh Ahmad Albab
31/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen di sini, hari ini menjatuhkan hukuman denda RM6,000 atau sembilan bulan penjara terhadap bekas Ketua PKR Cabang Rembau Badrul Hisham Shaharin, aktivis pembangkang Adam Adli Abdul Halim, Muhammad Safwan Anang@Talib dan tujuh yang lain selepas didapati bersalah menyertai perhimpunan dan merusuh di Jalan Parlimen, tiga tahun lepas.

Hakim Abdul Rashid Daud membuat keputusan itu setelah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan yang munasabah terhadap mereka.

Mahkamah memerintahkan mereka membayar denda itu hari ini dan menolak permohonan untuk menangguhkan bayaran denda itu.

Badrul Hisham atau Chegubard, 38, Adam Adli, 27, Muhammad Safwan, 26, yang juga Pengarah Eksekutif Lensa Anak Muda Malaysia (Lensa) serta tujuh individu itu didakwa menyertai perhimpunan itu bagi melakukan mudarat awam di Jalan Parlimen antara 9.15 pagi dan 11.25 pagi pada 24 Jun 2013.

Tujuh individu itu ialah Norazimah Mohamad Nor, Ahmad Shauqie Abdul Aziz, Ahmad Syukri Che Ab Razab, Lim Sue Pei, Edy Noor Reduan, Md Sani Md Shah dan Ekhsan Bukharee Badarul Hisham.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, mereka didakwa merusuh di persimpangan jalan masuk ke bangunan Parlimen pada pukul 11.25 pagi pada tarikh sama mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan pertama mereka didenda RM2,000 atau tiga bulan penjara dan pertuduhan kedua denda RM4,000 atau enam bulan penjara.

Mahkamah turut memerintahkan lima yang lain iaitu Muhammad Aiman Hakim Zainal, Annie Ooi Siew Lan, Mah Chee Hoe, Tong Chan Sang dan Abdullah Hassan membayar denda RM2,000 atau tiga bulan penjara atas pertuduhan menyertai perhimpunan sama.

Terdahulu, tiga peguam yang mewakili kesemua 15 tertuduh iaitu Mohd Radzlan Jalaludin, Haijan Omar dan G. Sivamalar memohon hukuman denda yang ringan memandangkan tiada kecederaan berlaku sepanjang perhimpunan itu.

Timbalan Pendakwa Raya, Suhaimi Ibrahim pula memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal dan berbentuk pengajaran agar kesalahan sama tidak berulang. – BERNAMA

Tags: Adam AdliChegubardprotes
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Banjir Kilat C.Highlands Kesan Penerokaan Haram Lama

Next Post

Rita Dijatuhi Hukuman Mati, Miliki Dadah Jenis Syabu

Related Posts

Keadaan Di UK Membimbangkan, Rakyat Malaysia Perlu Jauhi Kawasan Protes

Keadaan Di UK Membimbangkan, Rakyat Malaysia Perlu Jauhi Kawasan Protes

05/08/2024
0

Seremban : Demonstrasi di beberapa kawasan di United Kingdom (UK) kini semakin membimbangkan dan ada yang berubah kepada bentuk keganasan,...

Dakwa Rasuah: Chegubard Direman Dua Hari

Dakwa Rasuah: Chegubard Direman Dua Hari

29/07/2024
0

Mahkamah Majistret Putrajaya pagi ini membenarkan Badrul Hisham Shaharin diremah selama dua hari bagi membantu siasatan polis terhadap dakwaan rasuah...

Next Post

Rita Dijatuhi Hukuman Mati, Miliki Dadah Jenis Syabu

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd