• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPKT Rancang Bina PPR Untuk Golongan M40

oleh AK-47
12/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang merancang untuk memperkenalkan Projek Perumahan Rakyat (PPR) bagi keperluan penduduk golongan M40.

Menterinya Tan Sri Noh Omar berkata langkah itu bagi membantu golongan isi rumah berpendapatan pertengahan itu dapat membeli kediaman yang bukan sahaja selesa malah mampu dimiliki.

“Kertas kerja untuk cadangan ini sudah dibuat dan akan dibawa ke pihak kerajaan secepat mungkin,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Karnival Perumahan Mampu Milik (KPMM) – Ekspo Hartanah dan Perumahan Malaysia (MAPEX) 2017 di sini hari ini.

Katanya, buat masa ini PPR hanya disasarkan kepada golongan B40 (isi rumah berpendapatan rendah) dan kerajaan menyediakan subsidi lebih daripada RM100,000 bagi setiap rumah PPR untuk golongan B40 yang mana mereka hanya perlu membayar RM35,000.

“Bagi PPR untuk golongan M40, kerajaan mungkin tidak menyediakan subsidi sama seperti untuk PPR B40. Kerajaan mungkin timbang memberikan diskaun 10 hingga 20 peratus. Ini kita sedang rancang,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Noh meminta Bank Negara supaya tidak mengenakan syarat ketat terhadap peminjam yang ingin memiliki rumah kediaman pertama.

Sementara itu, KPMM-MAPEX 2017 yang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini di Pusat Konvensyen Shah Alam disertai 30 pemaju berlesen dan 13 agensi kerajaan.

Ekspo itu memberi tumpuan kepada kediaman mampu milik berharga di bawah RM500,000 di bawah satu bumbung bagi membantu orang ramai meninjau pilihan pemilikan rumah yang terdapat di pasaran sekarang, yang bukan sahaja di Lembah Klang dan Selangor tetapi juga di beberapa negeri lain seperti Melaka, Kedah, Perak dan Pulau Pinang. – BERNAMA

Tags: KPKTM40Tan Sri Noh Omar
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Banjir: 45 Orang Dipindah Ke PPS Di Tangkak

Next Post

PCM Pertikai Tiada Tindakan Ke Atas Kilang Haram

Related Posts

Kebakaran Putra Heights: 2 Tahun Bina Semula, Baik Pulih Rumah Terjejas

Kebakaran Putra Heights: 2 Tahun Bina Semula, Baik Pulih Rumah Terjejas

13/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menjangkakan kediaman yang terjejas akibat kebakaran saluran paip gas di Putra Heights,...

Papan Tanda ‘No to Drugs’ Antara Syarat Baharu Permit Konsert Di Selangor – Polis

Papan Tanda ‘No to Drugs’ Antara Syarat Baharu Permit Konsert Di Selangor – Polis

20/02/2025
0

SHAH ALAM: Papan tanda atau plakad 'No to Drugs' pada laluan masuk konsert antara yang akan diletakkan dalam syarat permit...

Next Post

PCM Pertikai Tiada Tindakan Ke Atas Kilang Haram

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd